Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Asal Usul nama Manek Urai dikatakan berasal dari untaian kalungan manek yang terurai. Namun, menurut cerita orang tua-tua di kawasan ini, nama Manek Urai diambil sempena nama seorang penduduk awal yang membuka kampung ini hampir 80 tahun lalu iaitu seoarang perempuan yang bernama Mak Nik Urai. Mengikut beberapa penduduk lama di Manek Urai, Mak Nik Urai dikatakan berasal daripada utara, Kelantan
Asal beliau datang membuka kampung ini selepas menyusuri sungai dengan perahu. Memandangkan kampung ini masih tidak bernama, penduduk memberi namanya sebagai Kampung Mak Nik Urai yang kemudian ditukar kepada panggilan Manek Urai yang ada sekarang.
Menurut waris Mak Nik Urai yang juga generasi ketiga keturunannya iaitu Pn. Tijah Awang Long 63, beliau memberitahu bahawa Kampung Manek Urai asalnya terletak di lokasi Kampung Pasir sekarang. Walau bagaimanapun, nama kampung itu ditukarkan dengan nama Kampung Kederang pada sekitar tahun 1940-an yang menjadi lokasi Kampung Manek Urai ketika ini.
Suami Pn. Tijah iaitu En. Mat Akib Ab Rahman 83, berkata, selain daripada nama Mak Nik Urai, ada sumber lain mengatakan nama kampung ini diberikan sempena nama burung murai berikutan banyak burung murai mencari makan di kawasan beting pasir di tepi sungai kampung ini.
Sejarah Kampung Manek Urai lama dahulunya dijadikan penempatan semula penduduk kampung dari kampung terpencil sekitarnya ketika zaman Komunis. Selepas itu, pada tahun 1955, kawasan yang seluas 16.76 hektar persegi ini telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Tempatan.
Manek Urai yang kini dimasukkan ke dalam Majlis Daerah Dabong. Pada tahun 1979, Kampung Manek Urai mempunyai seramai 2,772 orang penduduk yang mendiami kira-kira 600 buah rumah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PROGRAM ASAS PERTOLONGAN CEMAS KERJASAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM KUALA KRAI
Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2023Program asas pertolongan cemas ini ingin dijalankan kerana tugas staff PEDi yang selalu berhadapan dengan orang ramai...baca selanjutnya
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO (CANVA)
Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2023Program pertandingan mencipta logo menggunakan canva ini sebenarnya bertujuan untuk menarik lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tuition di PEDi...baca selanjutnya
PERTANDINGAN PANTUN
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2023PEDi Manek Urai mengadakan program kepada pelajar sekolah rendah bagi melatih mereka menyampaikan pantun dengan betul...baca selanjutnya
PROGRAM PENGUCAPAN AWAM
Aktiviti Terkini | 18 Jun 2023PEDi Manek Urai mengadakan program kepada pelajar sekolah rendah bagi melatih mereka membuat pengucapan awam dengan betul...baca selanjutnya
PROGRAM JALINAN INSAN WAHANA ASPIRASI (JIWA)-SANTAI ANAK MUDA
Aktiviti Terkini | 16 Mei 2023PEDi Manek Urai telah mendapat jemputan daripada PEDi Kuala Krai dan Jabatan Penerangan Kuala Krai untuk menjayakan program program jalinan insan wahana aspirasi (jiwa)-santai anak muda...baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti Terkini | 7 Mei 2023Program Klik Dengan Bijak (KDB) kali ini tertumpu kepada tajuk Bahaya Scammer yang berlangsung di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai...baca selanjutnya
JUALAN HARI RAYA PEDi
Aktiviti Terkini | 16 April 2023PEDi Manek Urai dengan Kerjasama PEDi Chuchuh Puteri ingin mengadakan program jualan hari raya...baca selanjutnya
PROGRAM BACAAN YASIN RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 14 April 2023PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Chuchuh Puteri telah mengadakan program bacaan Yasin sempena bulan Ramadhan....baca selanjutnya
PROGRAM QURAN HOUR
Aktiviti Terkini | 13 April 2023PEDi Manek Urai dengan Kerjasama Perpustakaan Desa Manek Urai telah mengadakan program Quran Hour sempena bulan Ramadhan. Antara pengisian program tersebut adalah bacaan Yassin dan doa selamat bersama komuniti setempat...baca selanjutnya
FIRE DRILL
Aktiviti Terkini | 16 Mac 2023PEDi Manek Urai dengan Kerjasama PEDi Chuchuh Puteri dan PEDi Karangan ingin mengadakan program Fire Drill...baca selanjutnya
PROGRAM KEUSAHAWANAN (PEMBUATAN SOS PENCICAH)
Aktiviti Terkini | 23 Februari 2023Staff PEDi Manek Urai bekerjasama dengan Pedi Chuchuh Puteri telah mengadakan program keusahawanan “Pembuatan Sos Pencicah ’bagi membantu golongan wanita terutamanya suri rumah untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjual sos buatan sendiri....baca selanjutnya
PROGRAM JELAJAH ICT
Aktiviti Terkini | 18 Februari 2023Program jelajah ict ini sebenarnya bertujuan untuk menarik lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tuition di PEDi...baca selanjutnya
PROGRAM KEUSAHAWANAN (PEMBUATAN PIZZA)
Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023Staff PEDi Chuchuh Puteri bekerjasama dengan Pedi Manek Urai termasuklah Rakan Digital masing-masing bersama usahawan Chuchuh Puteri telah mengadakan program keusahawanan “Pembuatan Pizza’...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya