HARI PERASMIAN PI1M MANEK URAI DAN CHUCHUH PUTERI

Aktiviti terkini | 30 September 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Manek Urai

Tujuan :
• Merasmikan pusat internet yang telah beroperasi dengan jayanya.
• Merapatkan hubungan antara staff pi1m, pembesar tempatan dan orang ramai.
• Memberi peluang kepada orang ramai menjadi ahli PI1M.
• Memberi penerangan berkaitan perkhidmatan dan kelas-kelas percuma yang disediakan di PI1M.
• Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang penggunaan internet secara berhemah.

Aktiviti Berkaitan :
• Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembukaan booth digi. Dimana digi menyediakan nombor dan juga top up kupon untuk dijual kepada orang ramai. Digi turut menjual telefon pintar. Permainan video untuk kanak-kanak.
• Selain itu, pembukaan kaunter untuk 100 orang ahli percuma.
• Terdapat juga gerai-gerai jualan oleh usahawan Pi1M seperti kek, susu, Bungan hiasan, dan peralatan menjahit.
• Pembukaan pameran oleh Agensi Anti Dadah (AADK), Perpustakaan Desa, pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Manek Urai, dan Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF).
• Ceramah berkaitan keselamatan internet oleh CMCF.
• Pertandingan mewarna online, menaip dengan pantas dah puzzle.
• Sebelah petang, sukan seperti meniup gula-gula dalam tepung, bola ping pong dalam sudu, belon kasih saying, musang berjanggut dan reput kerusi. Manakala, bagi golongan dewasa diadakan pertandingan gubahan tuala.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat menambah jumlah ahli PI1M.
• Dapat memberi pendedahan kepada orang ramai tentang perkhidmatan dan caj yang dikenakan di PI1M.
• Merapatkan hubungan antara staff pi1m, pembesar tempatan, agensi-agensi lain, usahawan dan juga orang ramai.
• Dapat memberikan kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.

Nama VIP :
YB Dato’ Ramzi B. Abd Rahman (Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Merangkap Adun Dabong)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :