Kelas Usahawan Ukiran Inai Cempaka Anis

Aktiviti terkini | 26 Januari 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Manek Urai

Tujuan :
Tujuan kelas usahawan inai ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada golongan belia berkaitan inai dan cara melukis mengikut langkah yang betul. Selain itu, cempaka Anis sangat terkenal dengan inainya yang bermutu tinggi dan beliau sendiri yang membancuh inai tersebut. Beliau adalah salah seorang usahawan yang Berjaya di daerah Kuala Krai dan banyak menjalankan kelas-kelas inai di luar daerah seperti Kuala Lumpur. Oleh itu, kali ini kami menjemput beliau untuk hadir sendiri ke kelas usahawan program.
Kelebihan Aktiviti :
• Memberi ilmu berkaitan bancuhan dan ukiran inai.
• Memberi peluang golongan tertentu ( janda, ank dara, dan balu )meningkatkan perniagaan mereka.
• Meningkatkan lagi kreativiti dalam ukiran inai.
• Memupuk minat berniaga secara kecil-kecilan dari rumah.
• Mengeratkan lagi hubungan antara staff dan peserta.
• Memperkenalkan PI kepada mereka yang tidak pernah tahu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :