KELAS KEUSAHAWANAN BUNGA DAUN PANDAN

Aktiviti terkini | 03 Mei 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Manek Urai

Tujuan :
Tujuan kelas usahawan ini ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada golongan belia tentang pembuatan bunga pandan sebagai salah satu hasil seni memandangkan banyak permintaan untuk belajar dalam kalangan belia di sini . selain itu, program ini juga dapat melahirkan golongan yang kreatif dalam seni tangan. Daun pandan mempunyai khasiat atau kelebihan tersendiri. Daunnya mempunyai rasa ros, badam dan vanilla. Daun pandan salah satunya sebagai pewangi semulajadi di rumah atau di kereta dengan pelbagai bentuk rekaan supaya Nampak lebih menarik digunakan dan diletak di sudut tertentu. Daun pandan juga popular sabagai perisa makanan, pembalut makanan,ubat serangga dan juga teh pandan. Oleh itu , staff Pusat Internet ingin meneroka lebih jauh lg dari segi seni kreatif sebagai pewangi semulajadi.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi tunjuk ajar tentang seni pembuatan bunga pandan
• Memberi peluang golongan kepada golongan belia mencari duit sampingan
• Memupuk minat berniaga secara kecil-kecilan
• Mengeratkan lagi hubungan antara staff dan peserta
• Memperkenalkan PI kepada mereka yang tidak pernah tahu
• Menambahkan ilmu berkaitan daun pandan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :