FB LIVE : KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Aktiviti terkini |1 April 2022

Tempat Aktiviti:
Fb live : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Chuchuh Puteri)

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad bin Wan Yusoff telah menyampaikan taklimat mengenai keistimewaan bulan ramadhan.

Tujuan :
• Untuk berkongsi kepada pengikut Pusat Ekonomi Digital tentang pengetahuan ilmu agama yang lebih mendalam berkaitan bulan ramadhan.
• Live ini dijalankan supaya kita sebagai seorang muslim lebih tahu tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan islam dan keistimewaan bulan berkenaan untuk kita mempertingkatkan ibadah kepada allah s.w.t.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Aktiviti yang dijalankan sepanjang live adalah soal jawab tentang keistimewaan bulan ramadhan, amalan sunat yang boleh dilakukan, dan perkara yang membatalkan puasa.
• Antara persoalan yang terjawab dalam sesi live ialah kelebihan bagi umat islam yang berpuasa di bulan ramadhan, malam lailatul qadar yang dinantikan iaitu 10 malam terakhir ramadhan.
• Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.w.a boleh mengikuti cara-cara atau sunnah yang diamalkan oleh Rasullullah s.a.w dalam berpuasa iaitu dengan khatam al-quran, memperbanyakkan sedekah memakan kurma, mempercepatkan berbuka dan melambatkan sahur.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat menarik pelbagai peringkat umur untuk mengikuti page PEDi dan juga menonton live. Melalui tazkirah atau kuliah agama, dapat menarik golongan yang lebih berumur.
• Memberikan ilmu pengetahun berkaitan bulan-bulan agung dalam syarak iaitu bulan 7 hingga 9 masihi iaitu rejab, syaaban dan Ramadhan. Peristiwa-peristiwa penting yang ada dalam bulan berkenaan seperti malam lailatul qadar.
• PEDi dapat menjalinkan hubungan baik dengan pelbagai sektor kerajaan dan swasta. Untuk saling menjalankan tanggungjawab berkhidmat untuk komuniti setempat.
• Memperlihatkan kepelbagaian fungsi PEDi dalam menyampaikan info-info penting dan ilmu yang berguna kepada masyarakat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :