FB LIVE : SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI

Aktiviti terkini |9 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Fb live : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Chuchuh Puteri)

Tujuan :
• Untuk memperkenalkan kepada audien Skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri. Dimana individu atau usahawan yang menjalankan pekerjaan seperti meniaga boleh mendapatkan perlindungan perkeso sama ada ingin membuat bayaran secara bulanan atau tahunan.
• Memperjelaskan tentang kategori yang terdapat dibawah skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri. Dimana mereka boleh membuat caruman berdasarkan pendapatan. Caruman bulanan terendah adalah RM 13.10. Manakala, caruman paling tinggi RM 49.40 sebulan. Syarat permohonan pula hanya melibatkan bencana kerja sahaja.
• Supaya audien jelas tentang dokumen yang diperlukan semasa mendaftar caruman. Antaranya ialah lesen perniagaan, lesen majlis daerah dan geran tanah.
• Bagi penonton yang mengikuti sesi live berkenaan, mereka juga dapat mengetahui tentang syarat yang menyebabkan caruman yang dibuat terbatal. Seperti tidak membayar caruman secara berkala.
• Melalui sesi live ini, penonton dapat mengetahui tentang cara untuk menuntut caruman sekiranya berlaku bencana kerja. Dimana mereka perlu mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Staff PEDi dengan Perkeso daerah Bentong telah mengadakan sesi live membicarakan tentang Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi memberikan penjelasan tentang faedah yang terdapat di bawah skim ini.
• Mereka boleh membuat tuntutan sekiranya mengalami bencana kerja.
• Jika dahulu, hanya pekerja yang mempunyai majikan sahaja yang boleh mencarum. Bermula tahun 2022, kerajaan turut menitikberatkan keselamatan pekerja persendirian dengan menyediakan inisiatif tanggungan 80 peratus caruman dan pemohon hanya mencarum 20 peratus.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Antara kelebihan ialah dapat membantu masyarakat diluar sana dalam memastikan keselamatan sosial mereka terjaga. Jika dahulu, pekerja persendirian hanya mengharapkan insuran dari syarikat swasta untuk melindungi diri mereka dan keluarga. Tetapi, bermula 2017, PERKESO turut menawarkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
• Dapat mewawarkan tentang inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam belanjawan 202, pekerja persendirian boleh menuntut bantuan dimana caruman skim keselamatan sosial pekerjaan persendirian sebanyak 80 peratus dan mereka hanya membayar 20 peratus.
• Dapat mendidik masyarakat tentang kepentingan mempunyai caruman supaya jika berlaku apa-apa bencana kerja, mereka mempunyai sumber untuk membela nasib diri dan keluarga.
• Dapat menjelaskan lagi skim-skim yang terdapat dibawah bidang kuasa perkeso. Dimana masyarakat yang berkelayakan tidak melepaskan peluang supaya keselamatan dan kesejahteraan diri mereka serta keluarga terjamin.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :