FB LIVE : TUNTUTAN PERKESO (FAEDAH BENCANA KERJA)

Aktiviti terkini |12 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Fb Live Page Pedi Chuchuh Puteri

Tujuan :
• Untuk para penonton terutamanya pekerja yang berdaftar dengan PERKESO mengetahui tentang hak mereka sekiranya mereka mempunyai masalah, terlibat dengan kemalangan atau kematian.
• Dapat memberikan peringatan kepada penonton dimana mereka juga perlu peka dengan syarat yang ditetapkan oleh pihak PERKESO,sekiranya gagal memberikan bukti kejadian, permohonan mereka juga boleh dibatalkan.
• Supaya penonton lebih faham dengan jelas tentang 8 faedah bencana kerja yang mereka berhak untuk membuat tuntutan sekiranya sesuatu hal menimpa mereka atau ahli keluarga.
• Agar penonton jelas tentang prosedur, tempoh masa dan cara semakan kes.
• Dapat memberikan penerangan tentang tuntutan covid 19 sekiranya jangkitan berlaku di tempat kerja. Majikan juga perlu memainkan peranan dalam membantu siasatan tuntutan. Mereka tidak boleh memandang ringan tentang tanggungjawab mendaftarkan pekerja dalam skim PERKESO. Mereka juga tidak boleh lewat membantu pekerja membuat tuntutan kepada PERKESO.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Aktiviti dijalankan atas talian di Fb Page PEDi Chuchuh Puteri. Sesi soal jawab dan penerangan daripada PEDi yang terlibat dan pegawai PERKESO sangat memberikan manfaat kepada penonton.
• Banyak info baru dan penting dapat diketahui oleh mereka.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat memberikan maklumat yang sahih dan terperinci berkaitan tuntutan faedah bencana kerja PERKESO.
• Dapat menjelaskan tentang syarat seseorang pekerja boleh mendapatkan faedah sekiranya ada masalah di tempat kerja. Sama ada kemalangan atau masalah kesihatan.
• Memberikan peringatan kepada para pekerja supaya tindakan mereka semasa pergi bekerja, ditempat kerja dan pulang dari kerja sentiasa berwaspada kerana terdapat syarat tertentu untuk membuat tuntutan. Sekiranya melanggar syarat yang ditetapkan, permohonan tuntutan akan terbatal.
• Memberikan pencerahan berkaitan 8 faedah tuntutan bencana kerja yang boleh dituntut oleh pekerja dan waris.
• Menjelaskan tentang tuntutan faedah jangkitan covid 19 di tempat kerja.
• Memberikan peringatan kepada majikan supaya mereka mendaftarkan pekerja dengan PERKESO kerana boleh didenda RM 10,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali jika gagal mendaftar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :