FB LIVE : KEISTIMEWAAN BULAN SYAABAN

Aktiviti terkini |17 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Fb live : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Manek Urai)

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Subhi bin Zainal Abidin telah menyampaikan taklimat mengenai keistimewaan bulan syaaban.
• Beliau juga mengulas berkaitan bulan rejab dan juga Ramadhan.

Tujuan :
• Untuk berkongsi kepada pengikut Pusat Ekonomi Digital tentang pengetahuan ilmu agama yang lebih mendalam berkaitan bulan rejab, syaaban dan ramadhan. Live ini dijalankan supaya kita sebagai seorang muslim lebih tahu tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan islam dan keistimewaan bulan berkenaan untuk kita mempertingkatkan ibadah kepada allah s.w.t.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Aktiviti yang dijalankan sepanjang live adalah soal jawab tentang keistimewaan bulan syaaban yang sering manusia lalai dari beribadah kepada allah s.w.t. Hal ini kerana kita hanya melihat keistimewaan bulan Ramadhan.
• Antara persoalan yang terjawab dalam sesi live ialah kelebihan bulan syaaban dimata Rasulullah S.A.W Berkaitan hukum berpuasa di bulan syaaban, kelebihan malam nisfu syaaban, amalan sunat yang boleh diperbanyakkan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W, nasihat kepada muslim untuk menjadi insan yang lebih baik, dan masa yang mustajab untuk berdoa.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat menarik pelbagai peringkat umur untuk mengikuti page PEDi dan juga menonton live. Melalui tazkirah atau kuliah agama, dapat menarik golongan yang lebih berumur.
• Memberikan ilmu pengetahun berkaitan bulan-bulan agung dalam syarak iaitu bulan 7 hingga 9 masihi iaitu rejab, syaaban dan Ramadhan. Peristiwa-peristiwa penting yang ada dalam bulan berkenaan seperti israk dan mikraj.
• PEDi dapat menjalinkan hubungan baik dengan pelbagai sektor kerajaan dan swasta. Untuk saling menjalankan tanggungjawab berkhidmat untuk komuniti setempat.
• Memperlihatkan kepelbagaian fungsi PEDi dalam menyampaikan info-info penting dan ilmu yang berguna kepada masyarakat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :