FB LIVE : TRAINER SHOPEE BERSAMA MENTERI PRINTING

Aktiviti terkini |20 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Fb live : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Chuchuh Puteri)

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Encik Khuzairy bin Khuzainol (CEO Menteri Printing) telah membuat satu perkongsian ilmu keusahawanan iaitu Shopee.

Tujuan :
• Untuk berkongsi kepada pengikut Pusat Ekonomi Digital tentang keistimewaan yang terdapat dalam platform shopee sekiranya mereka memulakan perniagaan.
• Hal ini kerana shopee tidak mengenakan syarat yang ketat kepada pengguna sepertimana platform lain.
• Sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan e- dagang tetapi barang yang diniaga perlu mendapatkan kelulusan mana-mana pihak berwajib terlebih dahulu seperti produk kesihatan dan kecantikan.
• Perlu mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Shopee sangat menjaga hak penjual dan pembeli yang mana keselamatan masing-masing terjaga daripada scammer.
• Shopee juga satu platform yang mesra dropship dan terdapat subsidi logistik (free shipping).

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Aktiviti yang dijalankan sepanjang live adalah daripada asas sebelum memasarkan produk dalam shopee.
• Penjual perlu ada gambar produk yang menarik.
• Kalau boleh letakkan sekali kelebihan atau cara penggunaan produk.
• Jika ada promosi, buat iklan bergambar.
• Gambar produk memainkan peranan penting bagi menarik perhatian pembeli.
• Trainer juga menyatakan kelebihan yang ditawarkan oleh shopee seperti dari segi logistik (banyak pilihan courier), pembayaran atas talian termasuk di kedai serbaneka 7 E-leven.
• Jaminan pulangan balik wang sekiranya barangan yang dibeli tidak menepati apa yang diiklankan.
• Hal ini sangat menjaga hak penjual dan pembeli.
• Trainer juga berkongsi pengalaman beliau menggunakan pelbagai platform lain untuk perniagaan e-dagang seperti lelong.my, mudah.my, e-commerce, Lazada.
• Dimana ada kelebihan masing-masing tetapi syarat yang dikenakan kepada penjual sedikit ketat seperti peniaga perlu mempunyai SSM dan untuk upload gambar juga memakan masa yang lama, dimana perlu mendapatkan kelulusan pihak platform berkenaan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Staff PEDi dan juga usahawan yang mengikuti sesi live berkenaan memperoleh pelbagai ilmu tentang perniagaan e-dagang (shopee).
• Trainer yang dijemput sangat berpengalaman, dimana beliau bukan sahaja salah seorang peniaga shopee tetapi turut menawarkan khidmat kelas personal shopee berbayar kepada sesiapa sahaja yang berminat.
• Pengikut sesi live boleh belajar cara mengubah setting untuk setting penghantaran ekonomi ke sabah dan Sarawak.
• Dimana sebelum ini kita tidak mengubah setting berkenaan menyebabkan pembeli dari borneo dikenakan caj penghantaran yang mahal.
• Sekarang, mereka boleh mendapatkan barangan jualan kita dengan kos penghantaran yang jauh lebih murah menggunakan kapal tetapi memakan masa yang lama sedikit untuk sampai kepada pembeli.
• Pengikut dapat ilmu tentang 4 asas penting untuk memudahkan pembeli mencari barangan jualan kita seperti memasukkan video, marketing dengan menawarkan hadiah percuma, gambar perlu diedit dengan menarik, nama produk yang mudah tapi tepat dan deskripsi produk yang jelas.
• Pelbagai ilmu baru diperolehi seperti cara pengiklanan, dekorasi kedai, cara edit gambar produk, follow prize, diskaun promosi dan voucher kedai.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :