TAZKIRAH BULANAN: KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH

Aktiviti terkini |22 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page PEDi Manek Urai

Ringkasan Aktiviti :
• Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Subhi bin Zainal Abidin.
• Tajuk yang dipilih pada hari tersebut ialah Keluarga Sakinah Mawaddah wa Rahmah.
• Al Fadhil ustaz telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai cara pemilihan pasangan yang betul.
• Selain dari itu, beliau juga mengongsikan sedikit tips dan cara untuk mengekalkan perpaduan serta keharmonian di dalam rumah tangga dengan melibatkan anak-anak.

Tujuan :
• Tujuan tazkirah ini dijalankan adalah untuk mendapatkan ilmu-ilmu baharu, supaya lebih banyak bilangan keluarga terdidik dari segi emosi.
• Seterusnya terbentuk generasi yang saling sayang menyayangi diantara satu sama lain, lebih-lebih lagi di kalangan ahli keluarga.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Siaran langsung pada bulan ini disertai oleh rakan-rakan staf PEDi dari Chuchuh Puteri, Kg Karangan dan PAKR Batu 1, Bentong Pahang di premis kediaman PEDi masing-masing.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Kebaikan yang diperolehi dari aktiviti ini adalah, terdapat banyak ilmu baharu yang boleh dipraktikkan bersama. Selain dari itu, ilmu ini juga boleh digunapakai oleh semua lapisan individu tidak mengira usia dan status.
• Bagi yang bakal membina keluarga kelak, mereka boleh mula merancang bagaimana caranya untuk membina tapak keharmonian di dalam keluarga, dan ketika kehadiran anak-anak yang masih kecil, ibu bapa akan lebih bersedia.
• Bagi ibu bapa atau pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga, mereka boleh mula mempraktikkan aktiviti atau panduan yang dicadangkan oleh ustaz.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :