Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal Usul nama Manek Urai dikatakan berasal dari untaian kalungan manek yang terurai. Namun, menurut cerita orang tua-tua di kawasan ini, nama Manek Urai diambil sempena nama seorang penduduk awal yang membuka kampung ini hampir 80 tahun lalu iaitu seoarang perempuan yang bernama Mak Nik Urai. Mengikut beberapa penduduk lama di Manek Urai, Mak Nik Urai dikatakan berasal daripada utara, Kelantan

Asal beliau datang membuka kampung ini selepas menyusuri sungai dengan perahu. Memandangkan kampung ini masih tidak bernama, penduduk memberi namanya sebagai Kampung Mak Nik Urai yang kemudian ditukar kepada panggilan Manek Urai yang ada sekarang.

Menurut waris Mak Nik Urai yang juga generasi ketiga keturunannya iaitu Pn. Tijah Awang Long 63, beliau memberitahu bahawa Kampung Manek Urai asalnya terletak di lokasi Kampung Pasir sekarang. Walau bagaimanapun, nama kampung itu ditukarkan dengan nama Kampung Kederang pada sekitar tahun 1940-an yang menjadi lokasi Kampung Manek Urai ketika ini.

Suami Pn. Tijah iaitu En. Mat Akib Ab Rahman 83, berkata, selain daripada nama Mak Nik Urai, ada sumber lain mengatakan nama kampung ini diberikan sempena nama burung murai berikutan banyak burung murai mencari makan di kawasan beting pasir di tepi sungai kampung ini.

Sejarah Kampung Manek Urai lama dahulunya dijadikan penempatan semula penduduk kampung dari kampung terpencil sekitarnya ketika zaman Komunis. Selepas itu, pada tahun 1955, kawasan yang seluas 16.76 hektar persegi ini telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Tempatan.

Manek Urai yang kini dimasukkan ke dalam Majlis Daerah Dabong. Pada tahun 1979, Kampung Manek Urai mempunyai seramai 2,772 orang penduduk yang mendiami kira-kira 600 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 08 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli Pusat Internet dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak Pusat Internet dan komuniti setempat...baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN – URUTAN DAN RENDAMAN KAKI

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Program Keusahawanan merupakan salah satu program yang dijalankan di pusat internet Manek Urai. Kali ini kelas usahawan terdiri daripada penduduk kampung ini sendiri yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan urutan dan rendaman kaki....baca selanjutnya

CONGKAK DAN PUZZLE

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2018

Tujuan aktiviti ini ialah, setiap permainan mampu mengimbau zaman dahulu kala yang menjadi tradisi dalam permainan. Selain itu, pengunjung akan lebih tertarik bermain secara sihat dan adanya focus dalam setiap pertandingan yang diadakan. Tujuan lain adalah sedikit sebanyak untuk memupuk minat pengunjung terhadap permainan traditional. Remaja hari ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh negatif...baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM KUIZ DIGITAL MERDEKA

Aktiviti Terkini | 02 September 2018

Peserta yang datang menjawab kuiz berdasarkan soalan-soalan yang dipaparkan di skrin computer masing-masing. Mereka menjawab soalan berdasarkan kemerdekaan negara dan pemimpin -pemimpin negara yang telah banyak berjasa kepada negara sehingga ke hari ini....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN MDEC

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2018

Program e-Keusahawanan merupakan salah satu inisiatif Mdec untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan juga usahawanan. Para peserta diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa....baca selanjutnya

KUIZ DIGITAL AIDILADHA

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018

Pengunjung yang datang ke PI menjawab soalan quiz berdasarkan pembacaan sirah-sirah nabi secara digital di komputer....baca selanjutnya

CELIK IT

Aktiviti Terkini | 10 - 11 Ogos 2018

Program Celik IT ialah salah satu program anjuran Kelantan ICT Gateway pada setiap tahun di Pi Manek Urai dimana peserta yang hadir belajar menggunakan Microsoft word dan excel (Pertengahan). Selain itu program ini juga penting untuk peserta sentiasa praktis menggunakan Microsoft kerana kita banyak menggunakan microsoft seharian kita....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET PAHI

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Tujuan program ini untuk menambahkan lagi ilmu berkaitan keselamatan semasa berlakunya kebakaran dan program ini tersangatlah penting untuk petugas PI yang bertugas pada setiap hari kerana kejadian seumpama ini tidak boleh dijangka berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, kami (PI Manek Urai dan PI Chuchuh Puteri) bersepakat untuk menyertai program tersebut sebagaimana yang pihak HQ telah maklumkan pada kami sebelum ini....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI BERSAMA MCMC & UNITAR

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2018

Program Advokasi adalah berkenaan penggunaan internet dan kawal selia diri. Pelajar didedahkan dengan penyalahguaan internet dan cara untuk mengawal penggunaan supaya tidak ketagih....baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 07 Julai 2018

Semperna bulan syawal, staff PI Manek Urai telah mengadakan program sambutan hari raya bersama pengunjung yang datang....baca selanjutnya

PROGRAM MEMBUAT SAMPUL DUIT RAYA

Aktiviti Terkini | 09 Jun 2018

Semperna bulan Ramadhan ini, staff Pusat Internet Manek Urai telah mengadakan program membuat sampul duit raya bersama pengunjung yang datang....baca selanjutnya

BACAAN YASSIN DIGITAL

Aktiviti Terkini | 08 Jun 2018

Semperna bulan Ramadhan ini, staff Pusat Internet Manek Urai telah mengadakan bacaan Yassin secara digital di kalangan penduduk tempatan di sini....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN (MENJAHIT APRON)

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2018

Para usahawan mempelajari pelbagai teknik dan cara asas jahitan untuk membuat apron pelbagai saiz. Cikgu jahitan memberi ukuran dan mereka sama-sama membuat apron mengikut ukuran yang diberi. Mereka menggunakan mesin jahit jenama singer sebanyak 4 buah mesin dgn kegunaan mesin yang berbeza fungsi....baca selanjutnya

MEWARNA ONLINE BERSAMA PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) MANEK URAI BARU

Aktiviti Terkini | 26 April 2018

Aktiviti ini dapat mendedahkan kanak-kanak dalam penggunaan teknologi internet dan memperkenalkan alatan computer secara basic sahaja....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK CHUCHUH PUTERI

Aktiviti Terkini | 15 April 2018

Program ini memberi pendedahan tentang isu jenayah siber dalam kalangan mereka dan memberi kesedaran awal terhadap sebarang jenayah siber...baca selanjutnya

BENGKEL KECANTIKAN

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2018

Aktiviti yang dijalankan ialah kelas make up untuk peserta dan pelbagai Teknik telah diajar khususnya dalam bidang kecantikkan. Selain itu mereka mempraktiknya sendiri dan telah diselitkan dengan program KDB....baca selanjutnya

BENGKEL FOTOPHONE

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2018

Bengkel Photofon yang diadakan di PI1M Chuchuh Puteri melibatkan usahawan-usahawan Chuchuh Puteri dan juga Manek Urai. Dalam bengkel ini mereka belajar cara-cara menggunakan telefon tangan untuk mengambil gambar dalam posisi yang betul supaya item yang diambil kelihatan lebih menarik dalam mempromosikan produk masing-masing...baca selanjutnya

HARI BERSAMA AHLI PI1M MANEK URAI

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Aktiviti yang telah diadakan ialah congkak kategori sekolah rendah dan menengah , puzzle kertas untuk kanak-kanak sekolah rendah, math bingo untuk kanak-kanak sekolah rendah,fast typing untuk pelajar sekolah menengah, dan akhir sekali musang berjanggut kategori kanak-kanak cilik....baca selanjutnya

AKTIVITI ONLINE DAN KUIZ

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Program ini dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang aplikasi abcya.com. mereka dapat melayari pelbagai aktiviti menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu dapat merangsang pemikiran mereka secara terus menggunakan IT yang ada. Program ini dapat menarik minat mereka untuk meneroka pelbagai aktiviti berkaitan dunia pembelajaran seterusnya mengurangkan permainan ats talian atau game yang tidak sihat untuk perkembangan otak mereka. Selain itu juga aplikasi ini dapat membantu mereka berfikir secara tepat dan cepat....baca selanjutnya

JELAJAH KLUSTER KLIK DENGAN BIJAK DAN E-WASTE

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2018

Program Jelajah KDB berkenaan penggunaan internet dan E-Waste. Pelajar didedahkan dengan penyalahguaan internet....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti