Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal Usul nama Manek Urai dikatakan berasal dari untaian kalungan manek yang terurai. Namun, menurut cerita orang tua-tua di kawasan ini, nama Manek Urai diambil sempena nama seorang penduduk awal yang membuka kampung ini hampir 80 tahun lalu iaitu seoarang perempuan yang bernama Mak Nik Urai. Mengikut beberapa penduduk lama di Manek Urai, Mak Nik Urai dikatakan berasal daripada utara, Kelantan

Asal beliau datang membuka kampung ini selepas menyusuri sungai dengan perahu. Memandangkan kampung ini masih tidak bernama, penduduk memberi namanya sebagai Kampung Mak Nik Urai yang kemudian ditukar kepada panggilan Manek Urai yang ada sekarang.

Menurut waris Mak Nik Urai yang juga generasi ketiga keturunannya iaitu Pn. Tijah Awang Long 63, beliau memberitahu bahawa Kampung Manek Urai asalnya terletak di lokasi Kampung Pasir sekarang. Walau bagaimanapun, nama kampung itu ditukarkan dengan nama Kampung Kederang pada sekitar tahun 1940-an yang menjadi lokasi Kampung Manek Urai ketika ini.

Suami Pn. Tijah iaitu En. Mat Akib Ab Rahman 83, berkata, selain daripada nama Mak Nik Urai, ada sumber lain mengatakan nama kampung ini diberikan sempena nama burung murai berikutan banyak burung murai mencari makan di kawasan beting pasir di tepi sungai kampung ini.

Sejarah Kampung Manek Urai lama dahulunya dijadikan penempatan semula penduduk kampung dari kampung terpencil sekitarnya ketika zaman Komunis. Selepas itu, pada tahun 1955, kawasan yang seluas 16.76 hektar persegi ini telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Tempatan.

Manek Urai yang kini dimasukkan ke dalam Majlis Daerah Dabong. Pada tahun 1979, Kampung Manek Urai mempunyai seramai 2,772 orang penduduk yang mendiami kira-kira 600 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM USAHAWAN SECARA LIVE PIK PAGE

Aktiviti Terkini | 16 & 20 Disember 2020

Usahawan PIK Manek Urai datang ke Pik untuk mempromosi perniagaan mereka di page pik Manek Urai secara live selama satu jam...baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN E-DAGANG

Aktiviti Terkini | 21 November 2020

Peserta pik menimba ilmu dalam bidang perniagaan e-dagang seperti shopee...baca selanjutnya

PROGRAM ‘MICROBIT’

Aktiviti Terkini | Setiap Jumaat Dan Sabtu 2020

Pi Manek Urai telah mengadakan program ‘MICROBIT’ di mana golongan pelajar sekolah rendah menyahut cabaran belajar menggunakan coding yang telah disediakan....baca selanjutnya

PROGRAM ‘ONLINE COLORING CHALLENGE FOR PRIMARY SCHOOL’

Aktiviti Terkini | 25 September 2020

Dengan mewarna atas talian ini , mereka dapat mengecam warna yang sesuai dengan objek yang dipaparkan....baca selanjutnya

KELAS ASAS PEMBUATAN STICKER

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2020

Pendedahan Ilmu tentang pembuatan asas sticker...baca selanjutnya

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2020

Pendedahan Ilmu tentang pemakanan...baca selanjutnya

PAGE LIVE PEMBUATAN POPIA VIETNAM

Aktiviti Terkini | 27 Jun 2020

Belajar cara membuat popia Vietnam secara live di page FB PI Manek Urai...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DAN SEBENARNYA.MY

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2020

Untuk membentuk modul pembelajaran mengenai jenayah buli di dalam jenayah siber..baca selanjutnya

PROGRAM ICT BERSAMA TABIKA HAJJAH ROHANI MAJID A

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2020

Seramai 19 orang kanak-kanak menyertai coloring online di PI Manek Urai diiringi dua cikgu dan seorang pembantu....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2020

Tujuan kelas origami ini ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada anak-anak istimewa ini tentang bahan membuat pelbagai bentuk origami. Selain itu, kami difahamkan oleh tenaga pengajar mereka, antara benda yang boleh merangsang sel-sel otak mereka ialah membuat origami. Ini kerana origami mampu merangsang sel-sel otak berhubung dengan deria anak-anak istimewa ini. kami akan membuat brntuk-bentuk origami ini Bersama anak – anak istimewa melalui YOUTUBE yang akan dibuka semasa membuat origami tersebut....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti