Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal Usul nama Manek Urai dikatakan berasal dari untaian kalungan manek yang terurai. Namun, menurut cerita orang tua-tua di kawasan ini, nama Manek Urai diambil sempena nama seorang penduduk awal yang membuka kampung ini hampir 80 tahun lalu iaitu seoarang perempuan yang bernama Mak Nik Urai. Mengikut beberapa penduduk lama di Manek Urai, Mak Nik Urai dikatakan berasal daripada utara, Kelantan

Asal beliau datang membuka kampung ini selepas menyusuri sungai dengan perahu. Memandangkan kampung ini masih tidak bernama, penduduk memberi namanya sebagai Kampung Mak Nik Urai yang kemudian ditukar kepada panggilan Manek Urai yang ada sekarang.

Menurut waris Mak Nik Urai yang juga generasi ketiga keturunannya iaitu Pn. Tijah Awang Long 63, beliau memberitahu bahawa Kampung Manek Urai asalnya terletak di lokasi Kampung Pasir sekarang. Walau bagaimanapun, nama kampung itu ditukarkan dengan nama Kampung Kederang pada sekitar tahun 1940-an yang menjadi lokasi Kampung Manek Urai ketika ini.

Suami Pn. Tijah iaitu En. Mat Akib Ab Rahman 83, berkata, selain daripada nama Mak Nik Urai, ada sumber lain mengatakan nama kampung ini diberikan sempena nama burung murai berikutan banyak burung murai mencari makan di kawasan beting pasir di tepi sungai kampung ini.

Sejarah Kampung Manek Urai lama dahulunya dijadikan penempatan semula penduduk kampung dari kampung terpencil sekitarnya ketika zaman Komunis. Selepas itu, pada tahun 1955, kawasan yang seluas 16.76 hektar persegi ini telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Tempatan.

Manek Urai yang kini dimasukkan ke dalam Majlis Daerah Dabong. Pada tahun 1979, Kampung Manek Urai mempunyai seramai 2,772 orang penduduk yang mendiami kira-kira 600 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PENDAFTARAN LESEN SSM (SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA)

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2021

PEDi Manek Urai dengan Kerjasama PEDi Chuchuh Puteri dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengadakan program pembukaan kaunter pendaftaran lessen SSM. SSM menawarkan pendaftan percuma kepada Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta pelajar IPT....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : BICARA KERJAYA SEORANG PHOTOGRAPHER

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2021

PEDi Manek Urai dengan Kerjasama PEDi Bentong, Chuchuh Puteri dan Batu Gajah bersiaran langsung membincangkan berkaitan kerjaya seorang juru gambar professional iaitu En Atan Mukri yang sangat terkenal di Bentong, Pahang. Beliau turut melatih junior beliau dengan mengadakan kelas....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : KESELAMATAN KETIKA BANJIR

Aktiviti Terkini | 24 November 2021

PEDi Manek Urai bekerjasama dengan PEDi chuchuh puteri, bentong, sg petai, dan karangan bersama tetamu jemputan Tuan Mohd Zamri bin Abdul Ghani (Ketua Balai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Pahang)....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : BAHAYA PENGODAMAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

PEDi Manek Urai dengan Kerjasama PEDi Batu Gajah bersiaran langsung membincangkan berkaitan etika dan keselamatan menggunakan internet. Membincangkan topik yang menarik iaitu isu penggodaman komputer....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : DISEBALIK TIRAI BESI (KERJASAMA PENJARA BENTONG)

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2021

Pusat Internet Komuniti Manek Urai telah bekerjasama dengan PIK Chuchuh Puteri, PIK Kg Baru Besut, dan PIK karangan. Jemputan istimewa ialah Tuan Abdul Karim merupakan pegawai Penjara Bentong membincangkan berkaitan cerita disebalik tirai besi (penjara)....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : BICARA SANTAI BERSAMA USAHAWAN D’EIRA DÉCOR EMPIRE

Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2021

Pusat Internet Komuniti Manek Urai telah mengadakan siaran langsung bersama seorang usahawan iaitu Puan Norazera binti Che Zainudin. PIK Manek Urai telah bekerjasama dengan PIK Batu Gajah. Nama perniagaan Puan Azera ialah D’eira Décor Empire iaitu menyediakan perkhidmatan gubahan bunga untuk semua jenis majlis. Seperti dijadikan hadiah ulang tahun, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : KEISTIMEWAAN KOLEJ VOKASIONAL

Aktiviti Terkini | 18 September 2021

Pusat Internet Komuniti Manek Urai telah mengadakan siaran langsung bersama seorang guru iaitu Puan Wan Khasalwa binti Wan Ismail. Pik Manek Urai juga bekerjasama dengan Pik Chuchuh Puteri, Pik Batu Gajah, Pik Karangan dan Pik PAKR Batu 1 Bentong. Membicarakan tentang keistimewaan yang diperolehi penuntut kolej vokasional seluruh Malaysia...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : ANDA BERHAK HEBAT

Aktiviti Terkini | 17 September 2021

Pusat Internet Komuniti Manek Urai telah mengadakan siaran langsung bersama seorang pelajar cemerlang dan ibu beliau berkaitan tips pembelajaran, kehidupan harian dan juga pemakanan yang diamalkan bagi menghadapi peperiksaan. Pik Manek Urai juga bekerjasama dengan Pik Chuchuh Puteri, Pik Bentong dan Pik Kg Padang Tok’La...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : CABARAN PDPR (PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH) DAN SEMARAKKAN PATRIOTISME DIKALANGAN PELAJAR

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2021

Pusat Internet Komuniti Manek Urai telah mengadakan siaran langsung bersama seorang guru iaitu Cikgu Fatin membicarakan berkaitan cabaran PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah)bagi seorang guru. Selain daripada itu, dalam sesi live berkenaan kami berkongsi kaedah supaya ibu bapa tidak tertekan semasa sesi menguruskan PDPR anak-anak. Cara mendidik pelajar bersemangat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Kami juga membicarakan tentang cara yang perlu dilakukan bagi menanam sifat patriotism dikalangan pelajar. Hal ini supaya mereka betul-betul memahami erti kemerdekaan...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PERSEDIAAN ROTI JALA DAN BOUQUET KEMERDEKAAN BERSAMA USAHAWAN PIK

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2021

Sempena bulan kemerdekaan, staff Pik telah mengambil inisiatif mengadakan siaran langsung bertemakan kemerdekaan. Memandangkan negara kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, tiada sambutan kemerdekaan dibenarkan. Kami menjemput seorang usahawan kami iaitu Puan Saniah Hosinain, seorang usahawan yang menerima tempahan roti jala bertemakan jalur gemilang. Staff pik juga telah mengadakan sesi berkongsi ilmu dalam menyediakan bouquet kemerdekaan....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK (TEMUBUAL PIK BERSAMA DR NASIBAH BT TUAN YAACOB) PAKAR PERUBATAN KELUARGA KLINIK KESIHATAN MANEK URAI

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2021

Staff pik telah mengadakan siaran langsung melalui laman facebook rasmi pik. Kerjasama 5 pik iaitu pik manek urai, pik chuchuh puteri, pik karangan, pik gua musang dan pik PAKR 1 Bentong....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK (TEMUBUAL PIK BERSAMA PEGAWAI PERPUSTAKAAN DESA)

Aktiviti Terkini | 27 Jun 2021

Staff pik telah mengadakan siaran langsung melalui laman facebook rasmi pik. Kerjasama 3 pik iaitu pik Chuchuh Puteri, pik Manek Urai dan Pik Batu Gajah. Topik utama siaran langsung ialah peranan Perpustakaan Desa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bekerjasama dengan agensi kerajaan membicarakan tentang cabaran kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Program yang dijalankan supaya dapat membantu masyarakat dalam memperolehi pengetahuan berkaitan isu semasa dan juga bahan pembelajaran...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK (MENARIK DI KUALA KRAI)

Aktiviti Terkini | 23 Mei 2021

Staff pik telah mengadakan siaran langsung melalui laman facebook rasmi pik. Memperkenalkan tempat-tempat menarik yang terdapat di Kuala Krai iaitu tempat beriadah dan tempat bersejarah. Kami juga berkongsi tempat-tempat makan menarik....baca selanjutnya

ICT ADVENTURES

Aktiviti Terkini | 2 & 3 April 2021

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan penggunaan komputer kepada kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun. Para peserta merupakan pelajar tuisyen dan kelas ict...baca selanjutnya

FB ADS (FREE COSTING & PAYMENT)

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2021

Pik Manek Urai dengan Kerjasama Pik Batu Gajah telah mengadakan siaran langsung membincangkan berkaitan FB ADS. Membuat tutorial cara kepada para usahawan menggunakan FB ADS dalam pemasaran produk....baca selanjutnya

BICARA USAHAWAN (LIVE LAMAN FACEBOOK RASMI PUSAT INTERNET KOMUNITI MANEK URAI)

Aktiviti Terkini | 7 Feb 2021

Sempena PKPP, staff pik telah mengadakan siaran langsung menggunakan laman facebook rasmi PIK Manek Urai yang membicarakan tentang usahawan dibawah bimbingan kami PUAN Noor Zaizirah(usahawan pakaian dan makanan)...baca selanjutnya

PROGRAM ‘MICROBIT’

Aktiviti Terkini | 2 & 8 Januari 2021

Pi Manek Urai telah mengadakan program ‘MICROBIT’ di mana golongan pelajar sekolah rendah menyahut cabaran belajar menggunakan coding yang telah disediakan...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti