ICT ADVENTURES

Aktiviti terkini | 2 & 3 April 2021

Tempat Aktiviti:
Pik Manek Urai

Tujuan :
• Kami mengadakan program ini bagi memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang penggunaan komputer. Ada sesetengah mereka langsung tidak pernah menyentuh komputer.
• Bagi melahirkan golongan celik IT dikalangan komuniti setempat, mereka perlu mahir dalam penggunaan papan kekunci, internet dan fungsi komputer yang lain. Kami memulakan program dengan menjelaskan penggunaan papan kekunci, tetikus, dan internet.
• Kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Kami juga memberi pendedahan penggunaan internet dalam mencari bahan bantuan pembelajaran dan menyiapkan tugasan sekolah. Pada peringkat awal, kami membuat pertandingan mewarna secara online dan juga bermain puzzle. Hal ini bagi menarik minat mereka untuk meneroka lebih banyak lagi dalam pembelajaran ict.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang penggunaan komputer.
• Melahirkan golongan celik it.
• Menarik minat golongan muda untuk menggunakan internet kearah akademik berbanding hiburan.
• Menarik minat lebih ramai komuniti untuk mendaftar sebagai ahli pusat internet dan menyertai kelas ict yang dianjurkan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :