INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:
- Sebahagian besar penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah, petani dan pengusaha kebun serta bekerja dengan kegiatan pembalakan.
- Kampung Manek Urai Lama yang terletak di lembah Sungai Lebir menyebabkan penduduk di sini tidak terlepas daripada ancaman banjir yang melanda hampir setiap tahun.
- Banjir yang paling buruk melanda perkampungan ini pada tahun 1979, menyebabkan hampir seluruh kawasan Manek Urai ditenggelami air, seramai 2,254 penduduk ketika itu terpaksa dipindahkan.
- Bagi mengatasi masalah tersebut, Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohamad Yaacob(kini Tan Sri) dan Ahli Parlimen Ulu Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengambil inisiatif menyediakan kawasan seluas 156.4 hektar iaitu Ladang Tanjung Batu di sini, yang dibangunkan sebagai lot perumahan dikenali sebagai Manek Urai Baru, untuk penempatan semua penduduk Manek Urai Lama yang terjejas akibat banjir.
- Penduduk Manek Urai Lama dan Baru menikmati banyak kemudahan asas terutama yang melibatkan projek kesejahteraan rakyat, termasuklah pembinaan jambatan merentangi Sungai Lebir menghubungkan dua kampung terbabit, jalan kampung berturap, sekolah kebangsaan dan menengah, masjid, madrasah, tadika, klinik kesihatan dan perpustakaan desa.
- Penubuhan beberapa buah agensi bukan saja turut membangunkan kawasan kampung, malah memberi kemudahan kepada penduduk untuk berurusan, antaranya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil(Risda) dan balai polis.

DAERAHKUALA KRAI
DUNMANEK URAI
MUKIMMANEK URAI
PARLIMENKUALA KRAI
NEGERIKELANTAN

Purata Umur Penduduk:
1). Warga Emas – Sederhana
2). Dewasa / Belia – Tinggi
3). Kanak-kanak - Tinggi

Purata Pekerjaan:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor Kerajaan
4). Sektor Swasta

Rekreasi & Pelancongan
Tempat Menarik
Lata Rek
Lata Berangin
Sungai Lebir
Bandar Kuala Krai
Dataran Peladang
Dataran Damar
Lepak Café
AF Kitchen
Tempat Makan Menarik
Haji Din Satey Kuala Krai
Pasar Kuala Krai
Restoren Pokok Tanjung
Restoren Warisan
Restoren Pohon Jati
Warung Sulaiman
Isma Cpt
Kedai Nasik Sup Pok Jak
Homestay
Cempaka Anis
Casa De Familia Homestay
Dalila Jelawang Homestay
Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Balai Raya Manek Urai
Masjid Manek Urai
Perpustakaan Desa Manek Urai
Balai Polis Manek Urai
(Sebelah Kiri)
Surau Manek Urai Lama
(Sebelah Kanan)
Road to
Stesen Keretapi Manek Urai
Klinik Kesihatan Manek Urai
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru
Tadika dan Taska Kemas Manek Urai
Tabika Manek Urai
Kisah Kejayaan
Nama : Hasmaleena Yusof
Alamat : Kg.Slow Mengkuang,Manek Urai lama,18050 Kuala Krai,Kelantan
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Puan Hasmaleena telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak tahun 2016. Beliau mengusahakan pelbagai jenis kek mengikut permintaan penduduki untuk sekitar Manek Urai dan kawasan luar . produk beliau dijual di kedai – kedai sekitar manek urai dan juga secara online.
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400.00 – RM700.00 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah tidak tetap berdasarkan permintaan semasa. Beliau juga tiada strategi pemasaran oleh itu, pendapatan beliau sangat terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Manek Urai,beliau kini telah memiliki akaun facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui perkhidmatan jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah pendapatan bersih sebanyak RM1000 hingga RM1500.00 sebulan. Beliau banyak mempromosikan barangan beliau melalui online. Ramai pelanggan luar menempah terutamanya pada musim perayaan dan cuti sekolah. Antara pelanggan utama ialah warga Kelantan yang berada di kawasan luar Kelantan terutamanya Kuala Lumpur, mereka menempah dalam kuantiti yang banyak semasa pulang ke kampung. Oleh itu, pendapatan ini dapat la menampung dan meningkatkan lagi taraf hidup puan Hasmaleena untuk memajukan lagi perniagaan beliau.




Nama : Munirah Bt Ramli
Alamat : Kg Manek Urai Baru, 18050 Kuala Krai, Kelantan
No. Telefon : 017-9081028
Tahun menjadi Ahli PEDi : 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Puan Munirah Ramli telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak tahun 2017. Beliau mengusahakan pelbagai jenis Tupperware mengikut saiz dan harga untuk sekitar Manek Urai dan kawasan luar . beliau juga ada memasarkan secara online. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM600.00 – RM800.00 sahaja sebulan untuk perniagaan tupperware. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah tidak tetap berdasarkan permintaan semasa. Beliau juga tiada strategi pemasaran oleh itu, pendapatan beliau dalam tupperware sangat terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Manek Urai,, beliau kini telah memiliki akaun facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui jualan tupperware beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah pendapatan bersih sebanyak RM1000 hingga RM1500.00 sebulan. Beliau banyak mempromosikan barangan beliau melalui online. Ramai pelanggan luar menempah terutamanya pada musim perayaan dan setiap kali gaji

Keusahawanan
Nama : Azmah Binti Zakaria
Alamat : Kg Manek Urai Baru, 18050 Kuala Krai, Kelantan
No. Telefon : 01127174849
Facebook : Azmah zakaria

Latarbelakang :
Puan Azmah telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak tahun 2016. Beliau mengusahakan pelbagai jenis biskut mengikut permintaan penduduk untuk sekitar Manek Urai dan kawasan luar . produk beliau dijual di kedai – kedai sekitar manek urai dan juga secara online.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Manek Urai,, beliau kini telah memiliki akaun facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui perkhidmatan jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah pendapatan bersih sebanyak RM3000 hingga RM5000.00 sebulan. Beliau banyak mempromosikan barangan beliau melalui online. Ramai pelanggan luar menempah terutamanya pada musim perayaan dan cuti sekolah. Antara pelanggan utama ialah warga Kelantan yang berada di kawasan luar Kelantan terutamanya Kuala Lumpur, mereka menempah dalam kuantiti yang banyak semasa pulang ke kampung. Oleh itu, pendapatan ini dapat la menampung dan meningkatkan lagi taraf hidup puan Azmah untuk memajukan lagi perniagaan beliau.