SIARAN LANGSUNG : BICARA KERJAYA SEORANG PHOTOGRAPHER

Aktiviti terkini |16 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Fb Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Manek Urai)

Tujuan :
• Membicarakan tentang kerjaya seorang juru gambar. Dimana bidang seni juga merupakan aktiviti keusahawanan.
• Mungkin ramai yang beranggapan dunia photographer ini tidak begitu menonjol tetapi hakikatnya bidang ini juga mempunyai keistimewaan dan cabarannya yang tersendiri.
• Jemputan kami merupakan seorang juru gambar senior yang turut menyediakan kelas kepada yang baru memasuki dunia seni ini.
• Kami mengambil kesempatan untuk sama-sama berkongsi kepakaran yang dimiliki oleh beliau sehingga menjadi pilihan utama pelanggan.
• Kami juga berharap dengan adanya sesi live ini ramai audien di luar sana sedar bahawa kerjaya ini dapat memberikan hasil yang lumayan sekiranya mereka kreatif dan sentiasa menjaga kualiti.
• Pelbagai tip dikongsikan oleh En Atan supaya junior di luar sana tidak malas menghadirkan diri ke kelas-kelas atau kursus untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan secara siaran langsung menggunakan fb page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Manek Urai).


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat mengetahui lebih mendalam tentang dunia kerja seorang juru gambar. Mereka bukan sahaja mengendalikan majlis perkahwinan tetapi semua jenis majlis sama ada rasmi atau tidak rasmi yang memerlukan kepakaran yang pelbagai.
• Dapat memberikan arah tuju kepada sesiapa yang berminat menceburkan diri dalam dunia seni photographer. Mereka perlu berani dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan untuk bersaing secara sihat.
• Dapat memberikan penjelasan yang lebih baik tentang kerjaya seorang juru gambar dimana mereka juga merupakan salah seorang usahawan. Mereka memerlukan pelanggan, produk mereka adalah hasil gambar yang diambil dan diedit serta mereka memerlukan keuntungan untuk melebarkan promosi seni mereka.
• Memberikan peluang kepada usahawan seperti En Atan mempromosikan perniagaan beliau.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :