PENDAFTARAN LESEN SSM (SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA)

Aktiviti terkini |22 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Manek Urai)

Tujuan :
• Membantu para usahawan yang aktif berniaga tetapi tidak mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM. Sangat penting para usahawan memiliki lesen SSM untuk melindungi hak entiti perniagaan mereka.
• Masyarakat disekitar Manek Urai dan Chuchuh Puteri tidak lagi perlu ke Kota Bharu untuk membuat pendaftaran SSM. Hal ini menjimatkan masa dan kos mereka.
• Fungsi PEDi sebagai pusat sehenti pelbagai sektor kerajaan dan swasta semakin berjaya dengan mengadakan program seperti ini kerana dapat membantu masyarakat setempat meningkatkan taraf sosial ekonomi mereka.
• Supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi usahawan digital dikalangan usahawan tempatan. Pendaftaran SSM juga penting dalam bacian pihak kerajaan supaya penduduk di kawasan ini tidak ketinggalan daripada sebarang bentuk bantuan dan program pembangunan usahawan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Pembukaan kaunter untuk pendaftaran lessen perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Seramai 18 orang usahawan yang hadir. Mereka mendaftarkan perniagaan sama ada atas nama sendiri atau penggunaan nama “enterprise”.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat melahirkan golongan usahawan yang mendaftar perniagaan dengan SSM. Supaya perniagaan mereka diiktiraf.
• Dapat membantu pihak kerajaan dalam melahirkan lebih ramai usahawan digital dikalangan Industri Kecil Sederhana (IKS)
• Dapat memberi pemahaman yang lebih teliti berkaitan kepentingan mendaftar perniagaan dengan SSM.
• Dapat memperkenalkan fungsi PEDi dengan lebih mendalam lagi kepada masyarakat setempat supaya mereka memanfaatkan penubuhan PEDi dikawasan mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :