BICARA USAHAWAN (LIVE LAMAN FACEBOOK RASMI PUSAT INTERNET KOMUNITI MANEK URAI)

Aktiviti terkini | 7 Februari 2021

Tempat Aktiviti:
Pi Manek Urai

Tujuan :
• Kami mengadakan program ini bagi memberikan inspirasi kepada wanita diluar sana supaya berani memulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.
• Mereka boleh menjadikan rutin harian sebagai mata pencarian rezeki bagi membantu keluarga meningkatkan pendapatan.
• Sepertimana tetamu jemputan kami yang hanya seorang suri rumah sepenuh masa.
• Tetapi menjadikan perniagaan sebagai punca tambahan pendapatan beliau sekeluarga Mereka hanya memerlukan minat yang mendalam dan juga perlu menambah ilmu kepakaran supaya perniagaan yang dijalankan berterusan dan dapat bersaing dengan sihat dalam pasaran.
• Melalui perkongsian kisah dalam siaran langsung berkenaan juga, kami ada berkongsi tips-tips untuk menjadi usahawan yang Berjaya.
• Cabaran yang perlu disiap siaga.
• Diharapkan melalui siaran langsung berkenaan boleh menyuntik semangat golongan wanita terutamanya suri rumah untuk memulakan perniagaan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memberi peluang kepada usahawan supaya mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bercakap dalam siaran langsung facebook untuk mempromosikan produk mereka.
• Menyuntik semangat pengikut lama facebook kami supaya memulakan perniagaan.
• Menunjukkan aras tuju dalam perniagaan supaya orang ramai tidak takut akan cabaran yang mereka hadapi jika berada dalam dunia perniagaan.
• Memberikan pencerahan tentang perkhidmatan yang terdapat di PIK Manek Urai terutamanya kepada golongan pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :