LIVE FACEBOOK (TEMUBUAL PIK BERSAMA DR NASIBAH BT TUAN YAACOB) PAKAR PERUBATAN KELUARGA KLINIK KESIHATAN MANEK URAI

Aktiviti terkini |15 Julai 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Manek Urai

Tujuan :
• Kami mengadakan program ini bagi membicarakan tentang pengurusan emosi (kesihatan mental). Memandangkan kes cubaan membunuh diri dikalangan masyarakat makin meningkat, jadi kami sebagai agensi yang dekat dengan masyarakat ingin mengambil berat berkenaan masalah ini.
• Secara tidak langsung dengan perkongsian daripada pakar perubatan keluarga, kita dapat sama-sama membantu golongan yang terkesan sehingga kesihatan mental mereka tidak stabil. Melalui perkongsian pakar, kita dapat kesan perubahan awal tingkah laku dan sikap sama ada ahli keluarga ataupun masyarakat sekeliling.
• Apabila seseorang tidak dapat mengawal emosi dengan baik, dia akan berubah sama ada melalui emosi pemikiran, sikap dan tingkah laku. Untuk berinteraksi dengan mereka, kita perlu mempunyai cara yang baik. Supaya mereka tidak bertindak diluar jangkaan. Kita perlu pandai mengurus tekanan. Bagi yang tidak boleh mengurus sendiri tekanan, mereka perlu mendapatkan bantuan pihak hospital. Pihak hospital akan menjemput mereka untuk sesi kaunseling dan bagi yang agak teruk akan diberikan ubat secara terkawal.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Membina hubungan baik dengan agensi yang berhampiran dengan pik sama ada agensi swasta ataupun kerajaan • Memberi ilmu kesihatan mental kepada masyarakat. Cara menangani tekanan, cara berinteraksi dengan pesakit dan Langkah yang perlu kita ambil sekiranya berlaku dalam masyarakat sekeliling. Cara membantu mereka bangkit dari masalah mental.
• Pengurusan tekanan Ketika musim PKP. Supaya masyarakat tidak ambil jalan mudah dalam menangani stress melalui bunuh diri dan sebagainya. Mereka boleh rujuk kepada pakar untuk keluar dari masalah yang dialami.
• PIK sebagai agensi yang dekat dengan masyarakat mengambil peluang untuk membantu mereka memahami tentang pengurusan emosi walaupun pelbagai cabaran perlu dihadapi Ketika pandemic covid 19 ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :