LIVE FACEBOOK (TEMUBUAL PIK BERSAMA PEGAWAI PERPUSTAKAAN DESA)

Aktiviti terkini |27 Jun 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Manek Urai

Tujuan :
• Kami mengadakan program ini bagi membicarakan tentang peranan Perpustakaan Desa sebelum dan semasa PKP. Cabaran bekerja dari rumah dan juga perancangan masa hadapan perpustakaan desa dalam melahirkan golongan yang minat membaca. Kaedah yang diusahakan oleh perpustakaan desa supaya masyarakat tetap mendapat manfaat menubuhan pustaka desa walaupun dalam cabaran pandemik covid 19.
• Membicarakan tentang cabaran media cetak dengan kewujudan media elektronik. Dimana kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Masing-masing terdapat kebaikan dan keburukan.
• Inisiatif perpustakaan desa dalam membantu pelajar PDPR (Pengajaran dan pembelajaran di rumah). Hal ini kerana bagi penduduk yang berada di kawasan luar bandar, pencapaian jalur lebar sangat kurang. Mereka bergantung pada rujukan buku dan bahan bercetak yang lain. membicarakan tentang inisiatif peminjaman buku sebelum dan semasa PKP, dimana perpustakaan desa tutup sepenuhnya sepanjang PKP.
• Pengguna perpustakaan desa hanya boleh mendapatkan bahan bacaan atau rujukan pembelajaran melalui e-perpustakaan secara atas talian. Staff perpustakaan juga sentiasa berkongsi sinopsis pelbagai jenis bahan bacaan untuk membantu pengguna.
• Tujuan siaran langsung ini juga supaya lebih ramai yang tahu tentang objektif penubuhan perpustakaan desa (PD). Menjelaskan tentang perkhidmatan lain yang disediakan selain daripada peminjaman buku. Membicarakan juga tentang sambutan penduduk setempat serta cara yang dijalankan oleh perpustakaan desa bagi menarik minat komuniti untuk galakkan budaya membaca.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Membina hubungan baik dengan agensi yang berhampiran dengan pik sama ada agensi swasta ataupun kerajaan • Melahirkan golongan yang celik ilmu. Menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya atau hobi.Hal ini kerana terdapat pelbagai bahan bacaan sama ada bercetak ataupun elektronik seperti e-perpustakaan atau e-book.
• Bagi memastikan masyarakat setempat mudah mendapat maklumat-maklumat terkini sama ada berkaitan bahan pembelajaran atau maklumat kesihatan seperti vaksinisasi melalui sentiasa mengunjungi page perpustakaan desa. Staff PD sentiasa berkongsi info semasa di dalam lama facebook rasmi mereka.
• Bersama berkongsi peranan semasa PKP supaya masyarakat mendapat manfaat walaupun perpustakaan desa dan pusat internet komuniti tidak beroperasi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :