LIVE FACEBOOK (MENARIK DI KUALA KRAI)

Aktiviti terkini | 23 Mei 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Manek Urai

Tujuan :
• Kami mengadakan program ini bagi memberikan pendedahan kepada orang luar dari kuala krai supaya mengetahui bahawa terdapat banyak tempat menarik di Kuala Krai walaupun berada di hulu Kelantan. Kuala Krai mempunyai geografi yang berbukit bukau, dipenuhi oleh kehijauan hutan semestinya mempunyai kawasan beriadah yang menarik seperti lata berangin, lata rek dan istana sangkut.
• Ramai yang tidak tahu Kuala Krai mempunyai tempat bersejarah iaitu Tangga Bradley dan jambatan Sultan Ismail iaitu peninggalan British yang perlu dilawati untuk melihat sendiri peninggalan sejarah itu.
• Penduduk Kuala Krai juga ramai yang meniaga pelbagai jenis makanan. Kesedapan makanan tradisional ini boleh dirasai sendiri oleh para pelancong. Antaranya ialah Kak Dah Mee Udang Dabong.
• Industri penginapan atau homestay juga telah banyak dijalankan oleh penduduk Kuala Krai.
• Tujuan kami yang utama menjalankan program ini ialah untuk meningkatkan sektor pelancongan di Kuala Krai sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat yang meniaga. Walaupun masih tiada kegiatan rentas negeri dibenarkan tetapi untuk jangka masa Panjang, pengusaha sektor pelancongan memerlukan bantuan untuk memastikan perniagaan mereka berterusan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memberikan pendedahan kepada semua masyarakat luar dari Kuala Krai terdapat banyak tempat menarik di kuala Krai yang boleh dilawati.
• Membantu mempromosikan sektor pelancongan Kuala Krai.
• Memperkenalkan keunikan yang terdapat di Kuala Krai sama ada tempat beriadah, tempat bersejarah dan tempat makan.
• Membantu meningkatkan social ekonomi masyarakat Kuala Krai.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :