SIARAN LANGSUNG : BAHAYA PENGODAMAN KOMPUTER

Aktiviti terkini |20 November 2021

Tempat Aktiviti:
Fb Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Manek Urai)

Tujuan :
• Membincangkan berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pengodam yang mempunyai pelbagai tujuan sama ada yang berkepentingan seperti mencuri kewangan sesebuah organisasi ataupun bagi tujuan suka-suka.
• Terdapat beberapa kategori penggodam iaitu kumpulan topi hitam, topi kelabu dan topi putih.
• Setiap kategori mempunyai pelbagai agenda yang tersendiri dan berbeza fungsi mereka iaitu penggodam topi hitam bertujuan mencuri kewangan sesebuah syarikat atau akaun peribadi.
• Topi kelabu mencuri identiti mangsa untuk digunakan bagi tujuan jahat dan topi putih pengodam yang memang ditubuhkan untuk melindungi keselamatan sesebuah organisasi.
• Untuk memeriksa kekebalan sistem keselamatan organisasi berkenaan supaya tidak mudah untuk diceroboh.
• Supaya masyarakat berhati-hati dalam menggunakan internet sama ada untuk kegunaan laman sosial, perbankan atas talian atau urus niaga atas talian supaya mereka tidak menjadi mangsa pengodaman.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan secara siaran langsung menggunakan fb page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Manek Urai).


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat mengetahui tentang penggodaman komputer supaya masyarakat tidak beranggapan penggodaman komputer adalah perkara biasa.
• Supaya masyarakat dalam menetapkan kata kunci / password yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi supaya tidak mudah untuk diceroboh.
• Audien dapat mengetahui kategori penggodam yang terdapat di Malaysia dan fungsi mereka yang berbeza. Ada yang ditubuhkan untuk tujuan jahat seperti menceroboh laman web kerajaan dan ada juga yang ditubuhkan berteraskan undang-undang serta etika untuk tujuan yang baik.
• Dapat melahirkan masyarakat yang beretika semasa menggunakan internet.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :