SIARAN LANGSUNG : KESELAMATAN KETIKA BANJIR

Aktiviti terkini |24 November 2021

Tempat Aktiviti:
Fb Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Manek Urai)

Tujuan :
• Supaya masyarakat terutamanya yang berada di kawasan yang berisiko menghadapi bencana banjir dapat membuat persiapan yang baik menjelang musim tengkujuh.
• Bagi memberi panduan kepada masyarakat agar mereka tidak panik untuk menghadapi banjir dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga mereka.
• Agar Masyarakat dapat bezakan antara harta benda yang perlu diutamakan semasa ingin berpindah seperti dokumen-dokumen penting.
• Memberikan penerangan tentang faktor keselamatan. Masyarakat perlu menitik beratkan faktor keselamatan seperti tidak menyentuh suis elektrik, meletakkan perkakas elektrik di kawasan yang tinggi serta berwaspada dengan binatang berbisa.
• Supaya masyarakat peka dengan arahan pihak berkuasa berkaitan paras air banjir dan tidak ingkar sekiranya diarahkan berpindah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan secara siaran langsung menggunakan fb page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Manek Urai).


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat membantu masyarakat membuat persiapan awal menghadapi musim banjir sebelum, semasa dan selepas bencana itu berlaku.
• Dapat mendidik masyarakat berkaitan keselamatan diri dan keluarga supaya tidak ada kemalangan jiwa berlaku.
• Dapat memberikan tunjuk ajar perkara yang perlu mereka lakukan ketika banjir supaya tidak mengalami kerugian harta benda dan tidak menjejaskan kesihatan diri.
• Dapat membentuk masyarakat yang peka dengan bencana alam dan akur dengan arahan pihak berkuasa.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :