SIARAN LANGSUNG : PERSEDIAAN ROTI JALA DAN BOUQUET KEMERDEKAAN BERSAMA USAHAWAN PIK

Aktiviti terkini |21 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Fb Page Pusat Internet Komuniti Manek Urai

Tujuan :
• Bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini dengan norma baru. • Memberikan idea kepada usahawan dalam menyediakan roti jala bertemakan jalur gemilang. Dimana para usahawan perlu berani membuat inovasi supaya dapat memenuhi permintaan semasa.
• Menunjukkan cara yang kreatif dalam menyediakan bouquet supaya mengikut tema setiap perayaan yang ada di negara kita.
• Berkongsi ilmu-ilmu keusahawanan kepada penonton dan juga info-info kemerdekaan seperti maksud warna jalur gemilang dan elemen yang ada di bendera negara kita Malaysia.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan secara siaran langsung di dalam fb page rasmi Pik Manek Urai dengan menjemput salah seorang usahawan kami iaitu Puan Saniah Hosinain bagi berkongsi ilmu keusahawanan dan menunjukkan cara mendeco roti jala jalur gemilang.
• Staff pik menunjukkan sendiri cara menyediakan bouquet bertemakan kemerdekaan supaya menjadi rujukan kepada usahawan bouquet dekat luar sana.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Berkongsi ilmu keusahawanan yang dapat memberikan manfaat kepada usahawan lain supaya Berjaya dalam bidang penyediaan makanan basah.
• Menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan norma baru.
• Menunjukkan cara menyediakan roti jala kemerdekaan supaya usahawan lain terinspirasi untuk membuat penambaikan produk mereka.
• Memberi ilmu penyediaan bouquet kemerdekaan supaya usahawan mempelbagaikan bouquet mengikut perayaan yang ada di negara kita.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :