SIARAN LANGSUNG : CABARAN PDPR (PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH) DAN SEMARAKKAN PATRIOTISME DIKALANGAN PELAJAR

Aktiviti terkini |22 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Fb Page Pusat Internet Komuniti Manek Urai

Tujuan :
• Untuk mengetahui tentang cabaran menguruskan PDPR bagi seorang guru.
• Langkah yang diambil oleh guru bagi memastikan tiada pelajar yang ketinggal sesi pembelajaran.
• Kepentingan menerapkan nilai patriotisme melalui pendidikan.
• Nasihat kepada ibu bapa supaya seronok menguruskan PDPR anak-anak.
• Cara menyemai sifat patriotisme dikalangan pelajar.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan secara siaran langsung menggunakan fb page Pusat Internet Komuniti Manek Urai dengan Kerjasama Cikgu Fatin dan juga PIK Chuchuh Puteri, PIK Kg Karangan, PIK Pakr Batu 1 Bentong.
• Penonton akan mendapat ilmu berkaitan pengurusan PDPR yang terbaik dari semua aspek iaitu persediaan bahan, pengurusan emosi dan mendisiplinkan pelajar dalam penggunaan gadget.
• Selain itu, penonton juga dapat menyemai sifat patriotisme didalam diri masing-masing.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat berkongsi cara menjadikan PDPR sesuatu yang menyeronokan bagi semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan pelajar.
• Dapat mengetahui cara yang betul dalam pengurusan emosi sekiranya ada ibu bapa yang rasa terbeban dengan PDPR.
• Dapat ilmu untuk mengurus PDPR anak-anak iaitu dari segi penyediaan ruang belajar khas, persediaan bahan awal, penglibatan anak-anak dan ibu bapa bersama dan sebagainya.
• Dapat menyemai sifat patriotisme dikalangan pelajar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :