SIARAN LANGSUNG : BICARA SANTAI BERSAMA USAHAWAN D’EIRA DÉCOR EMPIRE

Aktiviti terkini |10 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Fb Page Pusat Internet Komuniti Manek Urai

Tujuan :
• Untuk memberikan inspirasi kepada wanita di luar sana terutamanya golongan suri rumah sepenuh masa kerana Puan Azera merupakan seorang suri rumah tetapi beliau juga seorang usahawan yang berjaya..
• Memberikan ilham kepada masyarakat supaya memulakan perniagaan dalam bidang yang mereka minat..
• Mendapatkan tip-tip perniagaan yang diamalkan oleh Puan Azera..
• Berkongsi jatuh bangun seorang usahawan dalam mendepani cabaran sama ada dari segi persaingan, kenaikan harga barang dan kerenah pelanggan yang pelbagai..
• Perkongsian kaedah Puan Azera memperkenalkan produk beliau iaitu melalui platform media sosial seperti facebook, tik tok dan sebagainya.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan secara siaran langsung menggunakan fb page Pusat Internet Komuniti Manek .


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Berkongsi ilmu keusahawanan supaya lebih ramai lagi individu yang berani memulakan perniagaan walaupun mereka bergelar suri rumah tangga.
• Dapat memberikan tunjuk ajar berkaitan perniagaan “surprise delivery”.
• Memberikan inspirasi kepada para Wanita supaya mereka berusaha mendapatkan pendapatan sendiri. Walaupun perniagaan berkenaan hanya pendapatan sampingan tetapi dapat memenuhi keperluan mereka.
• Memberi tunjuk ajar supaya Wanita di luar sana memanfaatkan kebolehan dan minat mereka untuk menjada pendapatan.
• Memberikan contoh kepada masyarakat bahawa peningkatan social ekonomi boleh bermula di rumah. Tidak memerlukan modal yang tinggi. Cuma perlukan minat, ilmu dan juga usaha.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :