SIARAN LANGSUNG : DISEBALIK TIRAI BESI (KERJASAMA PENJARA BENTONG)

Aktiviti terkini |13 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Fb Page Pusat Internet Komuniti Chuchuh Puteri

Tujuan :
• Untuk mengetahui tentang penjara bentong, berkaitan sejarah penubuhan, jenis kesalahan banduan, pengurusan aktiviti para banduan sebelum dan semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
• Perkongsian berkaitan kursus-kursus yang terdapat di penjara bentong. Yang mana kursus-kursus ini dapat membantu mereka mencari pekerjaan apabila dibebaskan kelak.
• Menceritakan tentang peluang pekerjaan para banduan, sama ada pihak penjara akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan atau mereka perlu berusaha sendiri nanti.
• Untuk mengetahui tentang prosedur bagi ahli keluarga yang ingin melawat banduan sebelum pandemik covid 19 dan semasa PKP.
• Memberikan kesedaran kepada masyarakat di luar sana supaya tidak terlibat dalam kesalahan jenayah.
• Pendedahan tentang banduan akhir yang akan menginsafkan para penonton siaran langsung berkenaan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan secara siaran langsung menggunakan fb page Pusat Internet Komuniti Chuchuh Puteri .


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawanya Penjara Bentong merupakan tempat bukan hanya untuk menghukum tetapi untuk memulihkan para banduan.
• Supaya masyarakat tahu bahawa para banduan bukan hanya dikurung di dalam penjara tetapi mereka mengikuti kursus-kursus kemahiran tertentu seperti sulaman emas bagi banduan perempuan, pertukangan bagi banduan lelaki.
• Masyarakat dapat pengetahuan tentang prosuder yang perlu dijalankan waris-waris banduan sekiranya mereka ingin menziarah.
• Dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya elakkan diri dari terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :