SIARAN LANGSUNG : ANDA BERHAK HEBAT

Aktiviti terkini |17 September 2021

Tempat Aktiviti:
Fb Page Pusat Internet Komuniti Manek Urai

Tujuan :
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar lain dekat luar sana supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
• Berkongsi berkaitan pengaturan jadual yang baik bagi seorang pelajar supaya imbang antara masa belajar dan juga riadah.
• Menceritakan berkaitan pengamalan pemakanan yang sihat dan baik untuk minda para pelajar.
• Bagi memberi contoh kepada ibu bapa di luar sana berkaitan cara membimbing anak-anak dengan baik supaya menjadi dorongan kejayaan mereka.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan secara siaran langsung menggunakan fb page Pusat Internet Komuniti Manek selama sejam.
• Pelbagai fakta yang menarik dikongsikan, antaranya cara mendisiplinkan diri dalam membuat amal ibadah supaya setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan diberkati oleh Allah s.w.t.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat memberikan semangat kepada pelajar lain supaya cemerlang dalam pelajaran.
• Memberikan tunjuk ajar cara belajar yang berkesan sama ada secara bersendirian atau berkumpulan
• Menceritakan berkaitan masa yang sesuai untuk membuat hafazan al-quran
• Memberikan tunjuk ajar kepada ibu bapa di luar sana tentang kaedah yang baik dalam mendorong anak-anak rajin mengulangkaji pelajaran.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :