SIARAN LANGSUNG : KEISTIMEWAAN KOLEJ VOKASIONAL

Aktiviti terkini |18 September 2021

Tempat Aktiviti:
Fb Page Pusat Internet Komuniti Manek Urai

Tujuan :
• Mengubah stigma masyarakat bahawasanya kolej vokasional hanya untuk pelajar yang lemah dalam pelajaran. Sedangkan pelajar kolej vokasional lagi bijak kerana mereka perlu menyeimbangkan antara pembelajaran akademik dan juga kemahiran.
• Membincangkan tentang kaedah pembelajaran pelajar kolej vokasional.
• Menerangkan tentang bilangan bidang yang terdapat di kolej vokasional, kelayakan dan juga keistimewaan yang mereka ada iaitu mereka akan mendapat sijil vokasional Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia(SKM).
• Menceritakan hala tuju para pelajar untuk menyambung pelajaran atau untuk melangkah ke bidang kerjaya.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan secara siaran langsung menggunakan fb page Pusat Internet Komuniti Manek .


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat mengubah stigma masyarakat supaya mereka yakin untuk menghantar anak-anak untuk belajar di kolej vokasional.
• Dapat membantu para pelajar untuk membuat keputusan hala tuju Pendidikan mereka sama ada mengikut aliran biasa atau aliran kemahiran.
• Masyarakat akan tahu lebih lanjut berkaitan silibus yang terdapat di kolej vokasional, peperiksaan dan juga Latihan industry yang mereka jalani.
• Dapat menarik minat para pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang kemahiran.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :