PROGRAM KEUSAHAWANAN (PEMBUATAN SABUN)

Aktiviti terkini |9 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Manek Urai

Ringkasan Aktiviti :
• Staff PEDi Chuchuh Puteri bekerjasama dengan Pedi Manek Urai termasuklah Rakan Digital masing-masing bersama Perpustakaan Desa Chuchuh Puteri bercadang untuk mengadakan program keusahawanan “Pembuatan Sabun’.
• Tenaga pengajar akan memberikan panduan kepada para peserta untuk menghasilkan produk sendiri seperti sabun, minyak wangi dan minyak angin.
• Program ini dapat membantu para Wanita terutamanya golongan suri rumah untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta memasarkan produk mereka dalam pasaran e-commerce atau e-dagang.

Tujuan :
• Tujuan program ini ialah untuk memberi ilmu tentang cara membuat sabun kecantikan dan premium.
• Disamping itu, memberi idea kepada usahawan sekitar yang menyertai program ini untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
• Program ini mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan dalam pelbagai bidang khususnya kepelbagaian idea perniagaan untuk menjana pendapatan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini telah berlangsung selama 4 jam dan seramai 50 orang peserta terdiri daripada usahawan PEDi khususnya dan penduduk sekitar Kuala Krai umumnya.
• Tenaga pengajar memberikan penerangan tentang bahan-bahan yang digunakan, proses membuat produk dan cara pembungkusan.
• Tenaga pengajar juga mengajar para peserta cara menyediakan sticker untuk memastikan kemasan akhir produk menarik sebelum dijual.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mengenal pasti bakat dan potensi setiap usahawan
• Memberi peluang usahawan mencuba idea baru dalam perniagaan
• Meningkatkan kemahiran untuk melahirkan usahawan bermotivasi, inovatif dan berdaya saing
• Memberi peluang berkongsi idea antara usahawan
• Mempromosikan PEDi kepada penduduk sekitar


Nama VIP:
• Puan Zanawani Binti Seman


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :