JUALAN AKHIR TAHUN BUAT KOMUNITI

Aktiviti terkini |10 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Premis Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Chuchuh Puteri

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dijalankan dengan kerjasama PEDi Chuchuh Puteri untuk merapatkan hubungan silaturahim Bersama dengan komuniti Manek Urai dan Chuchuh Puteri.
• Terdapat banyak pilihan dari segi pakaian, bag dan hijab yang disediakan untuk memeriahkan program serta menarik daya tarikan komuniti.

Tujuan :
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan bersama komuniti.
• Di kesempatan itu, peluang diambil untuk memperkenalkan Rakan Digital PEDi Manek Urai dan PEDi Chuchuh Puteri.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini telah berlangsung selama 5 jam dan anggaran seramai 50 orang yang dating untuk menjayakan program.
• Staf dari PEDi Manek Urai, PEDi Chuchuh Puteri dan Rakan-rakan Digital telah menyertai program yang diusahakan ini.
• Program tersebut sedikit sebanyak telah banyak membuka minda komuniti akan kepentingan Rakan Digital di samping peluang para usahawan untuk mengembangkan produk jualan serta perniagaan mereka.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Kebaikan yang diperolehi dari aktiviti ini ialah, program ini sedikit sebanyak dapat membantu Rakan Digital dalam usaha mereka untuk mencari usahawan yang berpotensi tinggi.
• Selain dari itu, kakitangan PEDi dapat bersua muka dan beramah mesra bersama dengan komuniti di samping mengongsikan aktiviti yang akan datang untuk komuniti sejagat.
• Kakitangan PEDi juga dapat menyebarkan kepentingan serta perkhidmatan yang disediakan di premis.


Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :