FB LIVE : SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP)

Aktiviti terkini |18 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Fb live : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Kg Karangan)

Tujuan :
• Untuk berkongsi kepada pengikut Pusat Ekonomi Digital terutama sekali bagi golongan B40 atau kategori pelajar IPTA/S yang merupakan dua kategori untuk melayakkan pendaftaran melalui SPPP.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Bagi golongan B40, Pemegang MyKad/MyPR; yang berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan seterusnya, mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
• Pemegang MyKad/MyPR; warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan; Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat memberi kesedaran tentang kepentingan memiliki sijil perniagaan tidak mengira jenis perniagaan yang dilakukan.
• Dapat membantu usahawan untuk memohon bantuan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan bagi menampung kos untuk usahawan-usahawan demi kelangsungan hidup.
• Dapat memberi jaminan dan keyakinan kepada pelanggan yang berpotensi agar mereka yakin akan perniagaan yang sedang dijalankan.
• Dapat menjimatkan banyak kos dan seterusnya dapat menikmati banyak faedah yang dating bersama skim ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :