FB LIVE : CONTENT MEDIA SOCIAL MENGGUNAKAN KANVAz

Aktiviti terkini |14 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Fb live : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Batu Gajah)

Tujuan :
• Untuk berkongsi kepada pengikut Pusat Ekonomi Digital tentang kelebihan penggunaan aplikasi kanva. Dimana kanva hanya perlu diakses secara atas talian, pengguna tidak perlu download ke dalam lap top atau telefon mereka.
• Siaran langsung ini banyak membantu penonton memahami tutorial pengeditan secara langsung. Seolah-olah mereka berada di dalam kelas fizikal kerana bagi yang kurang faham, mereka boleh bertanya terus kepada tenaga pengajar.
• Membantu para usahawan untuk menghasilkan sendiri banner, bunting dan juga sticker produk mereka menggunakan kanva. Hal ini akan menjimatkan kos perniagaan mereka.
• Sebenarnya ramai lagi yang kurang tahu tentang aplikasi kanva yang mempunyai pelbagai template yang sedia ada. Mereka hanya perlu memilih yang bersesuaian dengan tema yang diinginkan. Melalui siaran langsung ini, mereka dapat sama-sama meneroka semua item yang disediakan oleh kanva.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Staff PEDi dengan Kerjasama Menteri Printing telah mengadakan sesi pembelajaran atas talian berkaitan kanva.
• Dimana bagi staff dan juga penonton yang kurang mahir dalam penggunaan kanva boleh bertanya terus dengan pemilik Syarikat Menteri Printing.
• Tetamu undangan menunjukkan secara jelas item-item yang boleh digunakan dalam kanva untuk menghasilkan editing yang terbaik.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Dapat mengajar staff PEDi dan juga penonton tentang aplikasi kanva. Dimana kanva sangat membantu para pengguna menghasilkan sticker, poster, banner, bunting dengan mudah dan percuma.
• Dapat membantu usahawan supaya mereka dapat menghasilkan sendiri design bagi produk mereka. Mereka dapat menjimatkan kos pemasaran produk.
• Dapat memberikan tunjuk ajar yang jelas kepada penonton kerana mereka dapat bertanya terus sekiranya ada bahagian yang kurang faham. Selepas mengikuti kelas, mereka boleh mempraktikkan sendiri editing.
• Dapat membantu golongan yang ingin menceburkan diri dalam dunia grafik dan juga percetakan. Mereka boleh menguasai kanva untuk membantu meningkatkan kemahiran dalam dunia percetakan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :