LIVE: TAZKIRAH IBADAH QURBAN

Aktiviti terkini |8 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page PEDi Chuchuh Puteri

Ringkasan Aktiviti :
• Oleh sebab Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba, pihak PEDi Kuala Krai dan sekitar telah menjemput Ustaz Wan Ahmad bin Wan Yusoff untuk memberi tazkirah mengenai ibadah qurban.

Tujuan :
• Tujuan tazkirah ini dijalankan adalah untuk menimba ilmu baharu ataupun untuk mengingati semula akan adat berkurban serta amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk meraih ganjaran pahala yang banyak.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Siaran langsung pada bulan ini disertai oleh rakan-rakan staf PEDi dari Chuchuh Puteri, Kg Karangan, Batu Gajah dan PAKR Batu 1, Bentong Pahang di premis cawangan PEDi masing-masing.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Kebaikan yang diperolehi dari aktiviti ini adalah, terdapat banyak ilmu baharu yang boleh dipraktikkan bersama. Selain dari itu, ilmu ini juga boleh digunapakai oleh semua lapisan umur terutama bagi golongan belia.
• Selain dari itu, adat serta tatacara yang betul juga dapat dipraktikkan kembali untuk melakukan aktiviti berkorban.


Nama VIP:
• Al Fadhil Ustaz Wan Ahmad bin Wan Yusoff


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :