FB LIVE : AWAL MUHARAM 1444H BERSAMA AL-FADHIL USTAZ AHMAD SUBHI

Aktiviti terkini |22 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Fb live : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi MANEK)

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Subhi mengupas tentang peristiwa Awal Muharam, bulan pertama dalam calendar Islam.

Tujuan :
• Untuk berkongsi kepada pengikut Pusat Ekonomi Digital tentang peristiwa menarik pada Awal Muharam.
• Hal ini kerana ramai lagi yang tidak terdedah atau kurang pendedahan mengenai pelbagai cerita di sebalik peristiwa Awal Muharam.
• Antara perkongsian menarik dalam sesi live ialah bagaimana Saidina Umar berbincang dengan para sahabat untuk memilih tahun Hijrah dalam kalendar Islam.
• Malah banyak lagi maklumat menarik.
• Melalui perkongsian seperti ini info-info peristiwa Islam dapat disebarkan dengan luas dan telus melalui fb live.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Antara aktiviti dalam sesi live ini ialah tetamu jemputan mengulas secara terperinci bagaimana Saidina Umar menentukan Takwim Hijri Ketika berbincang dengan para sahabat.
• Antara cadangan yang di berikan kepada Saidina Umar ialah tahun kelahiran Rasulullah SAW, tahun kewafatan Rasulullah SAW dan tahun hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.
• Namun, sepakat memilih cadangan tahun hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.
• Ustaz Subhi menekankan kelebihan bulan Awal Muharam yang di kurniakan puasa Asyura pada 10 Muharam. Namun, pada 10 Muharam bukan sahaja orang Islam yang berpuasa sunat malah orang Yahudi juga berpuasa sunat.
• Di sebabkan itu umat Islam di galakkan untuk berpuasa sama ada 9 dan 10 Muharam atau 10 dan 11 Muharam.
• Hari Asyura iaitu 10 Muharam berkait rapat dengan peristiwa di mana Nabi Musa a.s membelah laut merah dan menenggelamkan Firaun. Oleh sebab itu orang Yahudi berpuasa pada hari demikian.
• Tetamu jemputan menasihatkan para penonton bahwa berazam untuk menjadi manusia yang merendah diri sempena tahun baru Islam.
• Ustaz menceritakan mengenai peristiwa di mana Nabi Adam a.s tergoda dengan godaan Iblis laknatullah yang menyuruh Nabi Adam a.s makan buah Khuldi dari pohon Khuldi yang di tegah oleh Allah SWT.
• Setelah di turunkan ke bumi, Nabi Adam sentiasa memohon keampunan Allah SWT.
• Berbeza sekali dengan Iblis yang angkuh dan bersikap pendendam ketika Allah SWT melaknat Iblis kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s.
• Iblis bukan sahaja tidak menyesal dan memohon keampunan Allah SWT malah Iblis bersumpah akan menyesatkan manusia.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Pengikut laman facebook rasmi PEDi dapat pengetahuan yang lebih jelas berkaitan peristiwa bulan Islam supaya maklumat dapat di terima dengan jelas.
• Live seperti ini dapat membantu pihak kerajaan dalam menyampaikan info-info penting kepada masyarakat setempat supaya mereka menjadi lebih berpengetahuan dalam sirah Islam terutamanya Umat Islam.


Nama VIP:
• Ustaz Ahmad Subhi


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :