FB LIVE : WASPADA HFMD (HAND,FOOT AND MOUTH DISEASE) BERSAMA KLINIK KESIHATAN MANEK URAI

Aktiviti terkini |9 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Fb live : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Chuchuh Puteri)

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Kg Bharu Besut, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Doktor Azwan bin Hassan membincangkan tentang gejala penyakit yang sedang menyerang kanak-kanak di Malaysia kini iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut.

Tujuan :
• Untuk berkongsi kepada pengikut Pusat Ekonomi Digital tentang penyakit HFMD.
• Hal ini kerana ramai lagi ibu bapa diluar sana yang masih tidak mempunyai info-info kesihatan HFMD yang membuatkan mereka memandang ringan wabak penyakit ini.
• Antara perkongsian yang menarik dalam sesi live berkenaan ialah punca jangkitan, cara pengurusan pesakit, kaedah rawatan dan langkah pencegahan.
• PEDi merupakan agensi yang dekat dengan masyarakat.
• Melalui perkongsian seperti ini info-info kesihatan dapat disebarkan dengan luas melalui fb live.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Antara aktiviti dalam sesi live ini ialah tetamu jemputan mengulas secara terperinci maksud penyakit HFMD.
• Penyakit ini lebih tertumpu kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah memandangkan tahap imunisasi mereka yang masih lemah.
• Apabila tahap imunisasi lemah, mereka mudah mendapat jangkitan.
• Antara simptom awal HFMD ialah demam, hilang selera makan, naik biji-biji gatal dibadan dan ulser.
• Tetamu jemputan menerangkan tanda atau gejala penyakit HFMD yang memudahkan ibu bapa mengesan sekiranya anak-anak mereka ada mengalami simptom berkenaan untuk rawatan awal.
• Doktor juga memberitahu cara yang membuatkan virus ini mudah berjangkit. HFMD mudah merebak melalui cecair di badan seperti hingus, air liur dan peluh. Bagi kanak-kanak di pusat jagaan, mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kerana berkongsi banyak kelengkapan seperti mainan.
• Doktor juga menerangkan rawatan bagi penyembuhan dari HFMD.
• Tidak disarankan menggunakan kaedah tradisional kerana para ibu bapa perlu segera rujuk ke hospital untuk mengenalpasti jenis penyakit
. • Terdapat juga penyakit kulit yang lain seperti eczema yang lebih kurang sama dengan HFMD.
• Diterangkan juga berkaitan rawatan di rumah. Langkah pencegahan dari menjangkiti kanak-kanak lain yang berada di rumah yang sama.
• Kenalpasti kesan HFMD yang memerlukan rawatan segera kerana simptom yang teruk seperti hidrasi, sawan dan pernafasan cepat.
• Melalui live ini juga, kitab oleh tahu bahawa orang dewasa mungkin jarang dijangkiti tetapi mereka boleh menjadi pembawa HFMD.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Pengikut laman facebook rasmi PEDi dapat pengetahuan yang lebih jelas berkaitan HFMD supaya mereka berwaspada. Mereka juga dapat mengenalpasti lebih awal berkaitan tanda atau gejala HFMD supaya cepat bertindak dengan membawa anak-anak ke hospital.
• Dapat membantu masyarakat tentang langkah yang perlu dilakukan sekiranya simptom HFMD ada pada anak-anak. Dimana ibu bapa juga diberikan cuti sepanjang anak-anak kuarantin. Tiada rawatan khusus sekiranya jangkitan biasa Cuma perlu minum air mencukupi dan makan makanan sihat.
• Masyarakat lebih jelas tentang ubat-ubatan yang boleh membantu dalam penyembuhan. Langkah menjaga kebersihan anak-anak supaya tidak dijangkiti HFMD.
• Live seperti ini dapat membantu pihak kerajaan dalam menyampaikan info-info penting kepada masyarakat setempat supaya mereka menjadi lebih peka tentang tahap kesihatan persekitaran sekarang.


Nama VIP:
• DOKTOR AZWAN BIN HASSAN (KLINIK KESIHATAN MANEK URAI)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :