PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN PERIA, KUALA KRAI, KELANTAN

Aktiviti terkini |6 November 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Terbuka Sek. Keb. Peria

Ringkasan Aktiviti :
• Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah dijalankan di Dewan Terbuka Sek. Keb. Peria pada tanggal 6 November 2022 dan program ini telah berlangsung selama 2 jam.
• Program ini telah disertai dan diberi Kerjasama penuh oleh kakitangan PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi Kg Pahi.

Tujuan :
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran tentang bahaya serta risiko yang ada di laman sosial jika tidak dikawal dengan baik.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini telah berlangsung selama 2 jam dan seramai 113 orang pelajar tahun empat, lima dan enam berjaya menyertai aktiviti ini dengan jayanya.
• Guru-guru pembimbing juga turut terlibat dengan program ini iaitu seramai 5 orang yang di mana mereka dapat membantu kakitangan PEDi dalam memastikan kelancaran program KDB pada hari tersebut.
• Sebanyak lima topik KDB dapat dikongsikan kepada para pelajar dan hasil ini dapat dibuktikan melalui segmen kuiz yang diadakan untuk menguji tahap kefahaman mereka mengenai topik-topik yang terpilih.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Kebaikan yang diperolehi dari aktiviti ini adalah, golongan sasaran iaitu golongan belia serta penjaga mereka dapat didedahkan akan risiko yang terdapat di alam maya.
• Topik-topik yang dipilih adalah Terlebih Kongsi, Maklumat Palsu, Buli Siber, Online Grooming serta Talian 997 yang baru diterbitkan oleh pihak kerajaan.
• Melalui aktiviti ini, kes-kes yang telah terjadi di alam realiti dalam didedahkan kepada mereka dan para pelajar dapat menjadikan pengajaran akan hal yang telah berlaku.
• Selain daripada objektif KDB dapat dicapai, segala kelebihan serta kemudahan yang terdapat di PEDi juga dapat dikongsikan dan seterusnya dapat menarik minat pihak pengurusan sekolah untuk menggunakan khidmat ICT serta lain-lain yang disediakan di setiap cawangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.


Nama VIP:
• Para guru dan pelajar tahap dua Sek. Keb. Peria, Kuala Krai, Kelantan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :