[LIVE] BICARA KARIER: KENALI RAKAN DIGITAL

Aktiviti terkini |7 November 2022

Tempat Aktiviti:
Live Facebook Page PEDi Manek Urai

Ringkasan Aktiviti :
• Siaran langsung yang dilakukan adalah untuk memperkenalkan Rakan-rakan Digital dari PEDi Manek Urai, PEDi Chuchuh Puteri dan PEDi Kg Karangan.
• Di dalam siaran langsung ini peranan, tanggungjawab serta keistimewaan mereka kepada komuniti serta usahawan mikro.

Tujuan :
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Rakan-rakan Digital yang merupakan salah satu inisiatif SKMM dalam membantu usahawan untuk mendigitalkan produk mereka.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga 11 pagi.
• Program ini telah dikupas mengenai apa itu platfom digital.
• Seperti yang di jelaskan oleh barisan panel Rakan Digital, mereka akan memperkenalkan platform digital kepada usahawan mikro dan bagi usahawan-usahawan yang berdaftar di bawah bimbingan mereka akan menerima inisiatif kelas perniagaan/keusahawanan secara percuma.
• Antara kebaikan keberadaan mereka bersama dengan komuniti adalah, usahawan mikro yang sulit untuk mendapatkan capaian internet dapat menikmati kelebihan yang disediakan di PEDi.
• Selain daripada itu, Rakan Digital akan memastikan perniagaan usahawan mikro ini berkembang dengan polar positif supaya perniagaan mereka dapat dikembangkan ke serata negara.
• Jika bantuan diperlukan yang melibatkan sesetengah agensi, maka khidmat Rakan Digital akan digunapakai selain daripada dapat membantu para usahawan untuk melengkapkan kertas kerja yang diperlukan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Usahawan dapat mengenali siapakah Rakan Digital serta peranan mereka kepada komuniti.
• Komuniti juga dapat mengenalpasti akan kebaikan platform digital untuk produk jualan mereka disamping dapat menambah ilmu perniagaan baharu.
• Mereka yang mengalami masalah kewangan tidak perlu khawatir kerana kelas-kelas yang disediakan di premis PEDi adalah percuma.
• Komuniti dapat melihat peranan yang dimainkan oleh PEDi amat penting dan bermakna di dunia serba moden yang amat memerlukan capaian internet dalam kehidupan harian.


Nama VIP:
• Cik Norbeaton - RD PEDi Manek Urai
• Puan Salwani – RD PEDi Chuchuh Puteri
• Cik Farah – RD PEDi Kg Karangan


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :