BICARA KESIHATAN: WANITA DAN FIBROID

Aktiviti terkini |11 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Live Page PEDi Chuchuh Puteri

Ringkasan Aktiviti :
• Bicara Kesihatan telah berlangsung pada 11 Ogos 2022 dengan kerjasama PEDi Manek Urai, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Karangan, PEDi Kg Baharu, dan PEDi Felda Tenang.

Tujuan :
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada para wanita mengenai penyakit Fibroid dan kesan-kesan ke atas tubuh badan wanita.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini berlangsung selama lebih kurang 1 jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga 11 pagi.
• Program ini lebih kepada program soal jawab antara staf PEDi dan doktor jemputan.
• Seperti yang di jelaskan oleh Dr. Baizura, fibroid secara umumnya adalah penyakit yang di hidapi oleh para wanita khususnya dan melibatkan rahim wanita. Ianya adalah ‘benign’ yang tidak normal yang tumbuh dalam otot rahim wanita dan kebanyakannya tidak di sedari oleh penghidap fibroid. Fibroid tidak bahaya tetapi muncul dalam pelbagai saiz.
• Antara punca terjadinya fibroid adalah estrogen dan progesteron yang tinggi dan berlebihan.
• Bukan itu sahaja, fibroid juga boleh di hidap kerana factor genetik dan cara hidup yang tidak sihat.
• Tidak seperti penyakit yang lain, gejala fibroid agak sukar di kesan dan kerana itu kebanyakan wanita tidak menyedari mereka mengidap fibroid.
• Apa yang boleh di jelaskan, fibroid akan menyebabkan haid dan hormon yang tidak teratur malah keluar darah haid dalam kuantiti yang banyak.
• Peringkat umur yang berisiko mendapat fibroid adalah wanita yang berusia 20 tahun sehingga sebelum menopaus.
• Untuk mengesan fibroid, para wanita di nasihatkan untuk mendapat pemeriksaan di pusat kesihatan yang terdekat.
• Antara kesan setelah di sahkan mengidap fibroid adalah wanita akan mengalami kesukaran untuk hamil kerana embrio yang tidak melekat di dinding rahim.
• Namun itu tidak bermakna mereka tidak akan mengandung.
• Di sebabkan oleh penyakit fibroid tidak terlalu bahaya, fibroid tidak perlu di rawat tetapi sekadar di pantau saiz fibroid.
• Sekiranya terlalu besar, barulah fibroid di buang atau pembedahan untuk mengecutkan rahim.
• Pesanan Dr. Baizura kepada para wanita di luar sana agar mencegah dari mengidap penyakit fibroid dengan menjaga dan ubah cara hidup kepada cara hidup yang lebih sihat.
• Bukan itu sahaja, elakkan daripada makan makanan tambahan secara berlebihan seperti ubat-ubatan vitamin yang tidak di perlukan oleh tubuh badan kita.
• Malah, menjaga berat badan supaya tidak melebihi BMI yang sepatutnya.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Kebaikan yang diperolehi dari aktiviti ini adalah para wanita di dedahkan dengan penyakit fibroid yang sering di kaitkan kepada rahim wanita dan para lelaki sedikit sebanyak dapat mengetahui mengenai penyakit ini dan memahami penyakit yang di hidapi oleh para wanita.
• Para wanita dapat mengetahui cara-cara untuk mengelakkan daripada terdedah kepada fibroid dengan lebih baik.


Nama VIP:
• Dr. Baizura dari KK Manek Urai.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :