PROGRAM KEMERDEKAAN: PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH SK MANEK URAI

Aktiviti terkini |14 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Premis PEDi Manek Urai

Ringkasan Aktiviti :
• Pertandingan mewarna telah berlangsung pada 14 Ogos untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan yang ke-65.
• Seramai 15 orang kanak-kanak Prasekolah telah menyertai pertandingan ini.
• Seramai 3 orang pemenang telah dipilih dan diikuti oleh 12 orang yang layak untuk menerima hadiah saguhati.

Tujuan :
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai kekuatan daya saing yang sihat disamping menyemarakkan semangat dan cinta akan negara.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini berlangsung selama 2 jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari dan para pelajar telah diiringi oleh 2 orang guru dan seterusnya lebih menjamin keselamatan serta keselesaan para pelajar.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Kebaikan yang diperolehi dari aktiviti ini adalah, terbitnya rasa daya saing yang sihat diantara para pelajar.
• Di samping itu, dapat dilihat sesetengah daripada mereka ingin pastikan rakan-rakan seperjuangan dapat menyiapkan aktiviti mewarna ini mengikut masa yang telah ditetapkan.
• Dari sini dapat dilihat akan sikap kerjasama yang terbit dari kalangan mereka juga.


Nama VIP:
• Para guru dan pelajar PraSekolah Sek Keb Manek Urai.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :