KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI

Aktiviti terkini |2-6 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Manek Urai

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti yang dijalankan ialah pembukaan kaunter Tabung Haji.
• Salah satu fungsi penubuhan PEDi ialah menjadi pusat sehenti bagi agensi-agensi kerajaan dan swasta mengadakan program Bersama untuk komuniti setempat.
• Oleh itu, pihak tabung haji telah membuka kaunter untuk pembukaan dan juga kemaskini akaun.
• Hal ini memudahkan komuniti untuk berurusan dengan pihak tabung haji kerana mereka tidak perlu ke bandar Kuala Krai.
• Dapat menjimatkan kos dan masa mereka.
• Pelbagai informasi terkini berkaitan tabung haji dapat diketahui oleh komuniti dengan hebahan yang dibuat oleh pihak PEDi.

Tujuan :
• Tujuan program ini ialah bagi memudahkan komuniti membuka akaun dan mengemaskini akaun tabung haji mereka.
• Sebelum ini, mereka sukar berurusan dengan tabung haji kerana hanya di daerah Machang boleh membuat urusan berkenaan. Tabung haji kuala krai hanya cawangan kecil.
• Oleh itu, program ini sangat membantu komuniti untuk berurusan dengan mudah.
• Tujuan lain ialah supaya komuniti tahu bahawa fungsi PEDi bukan sahaja menyediakan rangkaian internet yang laju tetapi merupakan pusat sehenti yang akan bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi membantu masyarakat.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Pembukaan kaunter dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
• Staff tabung haji buka kaunter untuk pembukaan akaun dan kemaskini akaun.
• Komuniti diajar cara menggunakan apps Tabung Haji iaitu THiJARI.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memudahkan komuniti membuka akaun dan mengemaskini akaun tabung haji.
• Menjadikan PEDi pusat sehenti bagi agensi-agensi kerajaan. Membentuk hubungan baik antara PEDi dan agensi berdekatan bagi menjayakan pelbagai program bersama.
• Memperkenalkan objektif penubuhan PEDi kepada masyarakat supaya masyarakat tahu bahawa PEDi bukan sahaja menyediakan perkhidmatan komputer, fotokopi dan kelas-kelas keusahawanan serta ict tetapi juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti pembukaan kaunter bergerak pelbagai agensi penting.


Nama VIP:
• Tabung Haji Kuala Krai


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :