LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASTI ASSHOBRI

Aktiviti terkini |15 September 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Manek Urai

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti yang dijalankan ialah sambutan hari kemerdekaan ke 65 tahun dan hari Malaysia.
• Pelajar-pelajar juga sedang menyiapkan kerja khusus berkaitan pembuatan donut.
• Tenaga pengajar Pasti Asshobri mengambil peluang dengan menggunakan PEDi untuk membantu dalam menjayakan kerja khusus yang diterima iaitu pembuatan donut.
• Staff PEDi telah melakukan tayangan video tutorial pembuatan donut bagi memudahkan pemahaman para pelajar sambil diterangkan oleh guru mereka.
• Selepas itu, aktiviti mewarna gambar kuih donut dijalankan untuk mengembirakan mereka.
• Mereka juga mengadakan perarakan daripada sekolah ke PEDi Manek Urai bagi memeriahkan program ini.

Tujuan :
• Tujuan program ini ialah bagi menyemarakan sambutan kemerdekaan dan hari Malaysia 2022.
• PEDi juga ingin membina hubungan baik dengan agensi-agensi berdekatan seperti sekolah kerana banyak kerjasama yang boleh dilakukan bagi mencapai objektif penubuhan PEDi iaitu melahirkan lebih ramai golongan celik IT.
• PEDi juga sedia membantu masyarakat serta agensi berdekatan untuk sebarang urusan yang berkaitan ICT.
• Dalam program ini staff PEDi telah membantu pelajar-pelajar Pasti untuk menjayakan kerja khusus Pembuatan Donut.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Pelajar Pasti Asshobri telah melakukan perarakan daripada sekolah hingga PEDi. Jarak dalam 300 meter. Mereka mengenakan pakaian bertemakan bendera Malaysia dan mengibarkan bendera Malaysia.
• Program dimulakan dengan bacaan doa,selawat dan juga tayangan video “tutorial pembuatan donut”. Para guru menerangkan lebih jelas bahan-bahan yang diperlukan dalam membuat donut. Sebenarnya kerja khusus ini dijalankan bagi mendidik para pelajar kreatif dan berdikari.
• Selepas selesai tontotan video, para pelajar diberi peluang untuk pertandingan mewarna bertemakan kuih donut.
• Aktiviti bergambar dengan pelajar-pelajar yang memakai pakaian bertemakan jalur gemilang sebagai kenangan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan dan hari Malaysia. Para pelajar memakai pakaian bertemakan jalur gemilang dan mengibarkan bendera.
• Dapat membantu agensi berdekatan PEDi bagi menjayakan kerja khusus terutamanya dalam bidang ICT.
• Dapat mendidik pelajar-pelajar kreatif dan berdikari.
• Mengadakan hubungan baik antara PEDi dan agensi-agensi berdekatan.


Nama VIP:
• Pasti Asshobri Manek Urai Baru


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :