FIREDRILL STAFF PEDI 2022

Aktiviti terkini |26 September 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Chuchuh Puteri

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti yang dijalankan ialah demontrasi kebakaran oleh pihak bomba dan staff PEDi.
• Selain itu, pihak bomba akan memberikan taklimat tentang langkah mengelak daripada tercetusnya kebakaran.
• Langkah yang perlu diambil semasa berlakunya kebakaran dan jenis-jenis alat pemadam kebakaran.
• Banyak ilmu keselamatan diri yang dikongsikan oleh pihak bomba.

Tujuan :
• Tujuan program ini ialah memberi ilmu pemadaman kebakaran yang betul kepada staff PEDi terutamanya kepada staff baru dan rakan digital.
• Latihan pemadaman kebakaran juga sangat bagus untuk dibuat secara berkala supaya semua staff mahir mengendalikan alat pemadam kebakaran sekiranya berlaku hal-hal kecemasan.
• Banyak kes kebakaran yang boleh dikawal tetapi disebabkan cemas dan kurang ilmu menyebabkan kebakaran merebak dan boleh berlaku kemalangan jiwa.
• Pegawai bomba yang bertugas akan menunjukkan kaedah atau langkah yang perlu dilakukan untuk mengawal kebakaran.
• Staff PEDi juga akan melakukan demonstrasi memadam kebakaran.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Pegawai bomba akan membuat sesi penerangan berkaitan punca-punca kebakaran, jenis-jenis alat pemadam api dan juga langkah yang perlu dilakukan untuk mengelak daripada berlakunya kebakaran.
• Pegawai bomba juga akan menjelaskan tentang bahan-bahan yang mudah terbakar dan juga barangan yang boleh digunakan untuk memadam kebakaran.
• Penjelasan tentang cara-cara memadam kebakaran dengan betul.
• Pegawai bomba akan membuat demontrasi kebakaran dan akan diikuti oleh staff PEDi serta rakan digital.
• Hal ini kerana perlu ada cara yang praktikal untuk mengawal kebakaran dan setiap staff PEDi perlu tahu menggunakan alat pemadam kebakaran dengan tepat.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang punca-punca kebakaran.
• Untuk mengetahui tentang jenis-jenis alat pemadam kebakaran dan fungsi.
• Supaya tahu tentang langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlakunya kebakaran supaya kebakaran dapat dikawal dan tidak berlakunya sebarang kemalangan jiwa.
• Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan alat pemadam kebakaran, kaedah pemadaman kebakaran yang berkesan dan perkara yang perlu dielak supaya tidak berlakunya kebakaran di PEDi.
• Supaya staff PEDi dapat melatih diri untuk tidak panik dan tahu langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di PEDi.
• Ilmu pemadaman kebakaran sangat penting untuk dikuasai oleh semua staff PEDi kerana ada masa bekerja memerlukan staff bekerja seorang diri.


Nama VIP:
• Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krai


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :