PROGRAM BACAAN YASIN RAMADHAN

Aktiviti terkini |14 April 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (Pedi Manek Urai)

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Chuchuh Puteri telah mengadakan program bacaan Yasin sempena bulan Ramadhan.
• Antara pengisian program tersebut adalah bacaan Yassin dan doa selamat bersama komuniti setempat.
• Program ini bagi membantu dalam membina hubungan yang baik dan lebih erat dengan komuniti setempat.
• Memandangkan pedi menjadi tempat sehenti bagi komuniti setempat mendapatkan pelbagai perkhidmatan.
• Program ini juga dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada komuniti bahawa pedi mementingkan jalinan hubungan dengan komuniti setempat serta untuk menjayakan lagi objektif penubuhan pedi salah satunya ialah meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat.

Tujuan :
• Tujuan program bagi menggalakkan jalinan hubungan yang baik bersama komuniti setempat.
• Malah dengan kerjasama program seperti ini dapat memudahkan pihak PEDi untuk menjalankan kerjasama bagi program lain dimasa akan datang.
• Jika sebelum ini kami hanya menjalankan kelas-kelas keusahawanan tapi kali ini kami melakukan kelainan bagi menarik minat pelbagai golongan untuk tahu tentang kewujudan serta fungsi pedi di dalam komuniti mereka. Jika kelas keusahawanan sahaja, mungkin golongan yang sedikit berumur kurang berminat untuk sertai.
• Kami juga ingin masyarakat datang ke pedi supaya kami dapat menyantuni mereka untuk mempromosikan pedi supaya mereka dapat melihat sendiri apa perkhidmatan yang pedi tawarkan selain yang asas.
• Sepertimana maklum, pedi telah memperkenalkan pelbagai jenis perkhidmatan baru seperti “one stop shop” yang menawarkan perkhidmatan seperti pembayaran utiliti, tambah nilai prabayar serta pengisian borong permohonan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Aktiviti yang dijalankan ialah bacaan yasin dan doa selamat.
• Perkongsian tentang fungsi PEDi kepada komuniti setempat serta mempromosikan perkhidmatan yang disediakan di PEDi kepada umum.
• Malah menjelaskan kepada komuniti setempat untuk mereka lebih merasa dekat dengan PEDi sekiranya terdapat urusan yang boleh dibantu oleh pihak PEDi

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Menggalakkan hubungan yang baik antara PEDi dengan komuniti setempat.
• Menerangkan pelbagai jenis perkhidmatan baru ditawarkan di PEDi seperti perkhidmatan sewaan ruang dan ruang kerja bersama.
• Membantu staff PEDi untuk mengenalpasti usahawan yang ada dalam komuniti yang dapat dibantu supaya mereka lebih kedepan dalam perniagaan mereka.
• Mengalakkan komuniti setempat untuk hadir ke PEDi sekiranya terdapat urusan atau perkhidmatan yang mereka inginkan.
• Mendekatkan hubungan staff PEDi dengan pihak Perpustakaan Desa serta memudahkan untuk kedua-dua pihak menjalin kerjasama program dimasa yang akan datang.


Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :