JUALAN HARI RAYA PEDi

Aktiviti terkini |16 April 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (Pedi Manek Urai)

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Manek Urai dengan Kerjasama PEDi Chuchuh Puteri ingin mengadakan program jualan hari raya.
• Antara keperluan hari raya yang akan dijual ialah pakaian, biskut dan air balang.
• Program ini bagi membantu para usahawan di bawah bimbingan kami membuat jualan langsung barangan mereka.
• Memandangkan pedi menjadi tempat sehenti bagi komuniti setempat memudahkan para usahawan berniaga.
• Staff pedi juga akan memeriahkan lagi program dengan memasarkan produk masing-masing.
• Program ini juga dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada komuniti bahawa pedi mementingkan penglibatan peniaga.
• Untuk menjayakan objektif penubuhan pedi salah satunya ialah meningkatkan sosial ekonomi masyarakat.
• Hasil jualan juga akan diberikan peratusan kepada pedi.
• Harga barangan juga adalah rendah berbanding pasaran kerana bagi memberi peluang kepada masyarakat B40 atau kurang berkemampuan untuk melengkapkan keperluan hari raya mereka.

Tujuan :
• Tujuan program ini ialah bagi menggalakkan peniaga menyertai pedi sebagai usahawan bimbingan kami.
• Jika sebelum ini kami hanya menjalankan kelas-kelas keusahawanan tapi kali ini kami melakukan kelainan bagi menarik minat pelbagai golongan umur usahawan.
• Jika kelas keusahawanan sahaja, mungkin golongan yang sedikit berumur kurang berminat untuk sertai.
• Kawasan kampung manek urai kebanyakan penduduk golongan B40, mereka mungkin terkesan dengan kenaikan harga barang.
• Oleh itu, kami jalankan program jualan hari raya yang mana harga barang lebih murah berbanding pasaran.
• Kami juga ingin masyarakat datang ke pedi supaya kami dapat menyantuni mereka untuk mempromosikan pedi.
• Supaya mereka dapat melihat sendiri apa perkhidmatan yang pedi tawarkan selain yang asas.
• Sepertimana maklum, pedi telah memperkenalkan pelbagai jenis perkhidmatan baru seperti “one stop shop”.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Aktiviti yang dijalankan ialah penjelasan berkaitan perkhidmatan asas dan tambahan baru yang ditawarkan di PEDi.
• Jualan hari raya seperti pakaian, biskut dan air balang oleh usahawan dan staff PEDi.
• Perjalanan program akan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan.
• Pihak PEDi hanya menyediakan tempat iaitu di kawasan garaj kereta di hadapan PEDi dan membantu melancarkan jualan.
• Staff PEDi juga akan mengajar para usahawan mengadakan siaran langsung menggunakan laman sosial masing-masing seperti facebook dan tik tok.
• Supaya mereka lebih yakin untuk memperluaskan pasaran

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Menggalakkan peniaga menyertai PEDi menjadi usahawan bimbingan PEDi.
• Menerangkan pelbagai jenis perkhidmatan baru ditawarkan di PEDi seperti perkhidmatan membuat resume.
• Membantu para usahawan bimbingan kami meningkatkan jualan mereka. PEDi merupakan pusat sehenti yang dekat dengan masyarakat. Orang ramai akan datang mendapatkan keperluan raya mereka di PEDi memandangkan harga yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding pasaran.
• Membantu golongan B40 atau kurang berkemampuan mendapatkan barangan keperluan raya mereka memandangkan sekarang semua barangan mengalami kenaikan harga.
• Mendekatkan hubungan staff PEDi dengan masyarakat. Memudahkan staff untuk mempromosikan PEDi. Program sebegini dapat memberikan pendapatan sampingan juga kepada pedi. Walaupun hanya peratusan rendah diambil daripada hasil jualan usahawan.


Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :