PROGRAM JELAJAH ICT

Aktiviti terkini |18 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Manek Urai

Ringkasan Aktiviti :
• Program jelajah ict ini sebenarnya bertujuan untuk menarik lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tuition di PEDi.
• Program ini merupakan pengenalan kepada kelas-kelas ict yang lain. Antara aktiviti yang dijalankan ialah puzzle, online coloring dan fast typing.

Tujuan :
• Tujuan program ini ialah untuk sesi pengenalan kelas komputer bagi sesi 2023.
• Bersempena cuti sekolah yang berlangsung selama sebulan, pihak kami ingin mengambil kesempatan untuk menjemput para pelajar datang ke PEDi.
• Pada program berkenaan juga kami akan menjalankan sesi pendaftaran kelas tuition bagi pelajar sekolah rendah.
• Tujuan utama adalah untuk mendidik adik-adik menggunakan komputer dengan lebih cekap.
• Walaupun tujuan untuk mendidik, tapi kami menggunakan pendekatan secara ringkas iaitu kami akan menjalankan aktiviti seperti online coloring, puzzle dan fast typing.
• Perjumpaan ibu bapa juga penting untuk meningkatkan kepercayaan mereka bahawa anak-anak mereka datang ke PEDi adalah untuk belajar dan bukan untuk melepak.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Pertandingan ict ini melibatkan pelajar sekolah rendah yang berusia 9-12 tahun.
• Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu mewarna atas talian, puzzle dan menaip cepat.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mengajar para pelajar asas-asas penggunaan komputer seperti melayari internet dan penggunaan papan kekunci serta tetikus.
• -Supaya lebih ramai ibu-bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas komputer dan kelas tuition di pedi.
• Supaya para pelajar menghabiskan cuti sekolah mereka dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan memberikan ilmu kepada mereka.
• Melahirkan golongan yang celit it, berinovasi dan berdaya saing.
• Menampakkan lebih banyak lagi peranan pedi sebagai pusat sehenti yang berperanan melahirkan golongan yang celik it dan golongan usahawan e-commerce.


Nama VIP:
• Ahli berdaftar PEDi Manek Urai.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :