PROGRAM KEUSAHAWANAN (PEMBUATAN SOS PENCICAH)

Aktiviti terkini |23 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Manek Urai

Ringkasan Aktiviti :
• Staff PEDi Manek Urai bekerjasama dengan Pedi Chuchuh Puteri telah mengadakan program keusahawanan “Pembuatan Sos Pencicah ’bagi membantu golongan wanita terutamanya suri rumah untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjual sos buatan sendiri.

Tujuan :
• Tujuan program ini ialah untuk memberi ilmu tentang cara memproses sos pencicah.
• Disamping itu, memberi idea kepada usahawan sekitar yang menyertai program ini untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
• Program ini mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan dalam pelbagai bidang khususnya kepelbagaian idea perniagaan untuk menjana pendapatan.
• Staff PEDi juga turut membimbing para usahawan dari segi strategi pemasaran dan pembungkusan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Aktiviti yang dijalankan ialah demo pemprosesan sos pencicah daripada bahan-bahan mentah sehingga siap sos dibotolkan.
• Pihak pedi turut berkongsi cara-cara memasak sos yang betul bagi mengelak sos daripada mudah rosak.
• Kami juga menyediakan sticker untuk ditampal dibotol supaya para peserta dapat jadikan contoh bagi melabelkan sos mereka nanti.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mengenal pasti bakat dan potensi setiap usahawan. Tujuan kami mengadakan kelas keusahawanan ini juga adalah untuk mendorong kaum wanita terutamanya golongan suri rumah menjana pendapatan mereka walaupun perniagaan secara kecil kecilan dari rumah.
• Memberi peluang usahawan mencuba idea baru dalam perniagaan. Hal ini kerana bidang makanan sangat mendapat sambutan oleh pembeli.
• Inovasi dari segi rasa sos dan pembungkusan juga sangat penting untuk bersaing dengan pengeluar lain. Oleh itu, staff PEDi turut berkongsi cara-cara menghasilkan pembungkusan sos yang menarik dan rasa yang sedap.
• Meningkatkan kemahiran untuk melahirkan usahawan bermotivasi, inovatif dan berdaya saing
• Memberi peluang berkongsi idea antara usahawan
• Mempromosikan PEDi kepada penduduk sekitar


Nama VIP:



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :