PROGRAM KEUSAHAWANAN (PEMBUATAN PIZZA)

Aktiviti terkini |14 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Premis Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Chuchuh Puteri

Ringkasan Aktiviti :
• Staff PEDi Chuchuh Puteri bekerjasama dengan Pedi Manek Urai termasuklah Rakan Digital masing-masing bersama usahawan Chuchuh Puteri telah mengadakan program keusahawanan “Pembuatan Pizza’.
• Salah seorang usahawan yang juga ahli kepada Persatuan Pekebun Kecil aktif mengusahakan perniagaan kuih-muih termasuk pizza.
• Beliau telah mengajar ahli yang lain cara-cara membuat pizza yang sedap.
• Program ini dapat membantu para wanita memulakan perniagaan dalam bidang yang mereka minat iaitu masakan.

Tujuan :
• Tujuan program ini ialah untuk memberi ilmu tentang cara membuat pizza.
• Disamping itu, memberi idea kepada usahawan sekitar yang menyertai program ini untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
• Program ini mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan dalam pelbagai bidang khususnya kepelbagaian idea perniagaan untuk menjana pendapatan pada masa hadapan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini telah berlangsung selama 4 jam dan anggaran seramai 22 orang yang dating untuk menjayakan program.
• Staf dari PEDi Manek Urai, PEDi Chuchuh Puteri dan Rakan-rakan Digital telah menyertai program yang diusahakan ini.
• Program tersebut sedikit sebanyak telah banyak membuka minda komuniti akan kepentingan Rakan Digital di samping peluang para usahawan untuk mengembangkan produk jualan serta perniagaan mereka.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mengenal pasti bakat dan potensi setiap usahawan
• Memberi peluang usahawan mencuba idea baru dalam perniagaan
• Meningkatkan kemahiran untuk melahirkan usahawan bermotivasi, inovatif dan berdaya saing
• Memberi peluang berkongsi idea antara usahawan
• Mempromosikan PEDi kepada penduduk sekitar
• Mendekatkan hubungan staff PEDi dan masyarakat sekitar supaya tiada golongan yang tertinggal daripada mendapatkan manfaat penubuhan PEDi.
• Supaya mereka menggunakan semua perkhidmatan yang ada dan menyertai setiap program yang dijalankan oleh PEDi.


Nama VIP:
• Persatuan Pekebun Kecil Chuchuh Puteri


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :