PROGRAM PENGUCAPAN AWAM

Aktiviti terkini |18 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi Manek Urai)

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Manek Urai mengadakan program kepada pelajar sekolah rendah bagi melatih mereka membuat pengucapan awam dengan betul.
• Seperti sedia maklum ramai pelajar yang berkebolehan dalam bidang akademik tetapi mereka tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
• Bagi menjadi seorang yang berjaya untuk bersaing dalam kerjaya, memerlukan seseorang itu seimbang antara kebolehan akademik dan juga pertuturan.
• Dengan pengalaman yang dimiliki oleh staff dalam bidang pengucapan awam, staff akan mengadakan kelas untuk melatih para peserta.
• Bagi menaikkan semangat mereka, kami juga akan menganjurkan pertandingan di akhir program.
• Menjadi salah satu tugas kami untuk melahirkan seorang pelajar yang berkebolehan dalam pelbagai bidang seperti celik IT dan juga dalam pengucapan awam.

Tujuan :
• Tujuan program ini bagi melatih para peserta yang datang dari kalangan ahli PEDi bagi membolehkan mereka membuat pengucapan awam dengan betul.
• Bagi melahirkan seorang yang berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk kegunaan mereka di masa hadapan seperti sambung belajar di universiti atau alam pekerjaan. Kemahiran pengucapan awam merupakan sesuatu kelebihan yang tidak semua orang miliki. Tetapi, boleh dilatih dan diasah bakat berkenaan.
• Bagi mempelbagaikan program untuk ahli PEDi. Program sebegini sangat baik untuk menarik minat terutamanya para pelajar bagi menggunakan PEDi sebaik mungkin. • Bagi meningkatkan keyakinan para peserta akan kelebihan yang mereka miliki. • Bagi mencapai objektif penubuhan PEDi iaitu bagi melahirkan golongan celik IT. Hal ini kerana kami akan menggunakan komputer semasa sesi pembelajaran dengan menjadikan internet sebagai rujukan. Terutamanya dalam mencari bahan sebagai tajuk pengucapan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Pelajar diajar cara membuat pengucapan awam dengan betul. Teknik-teknik yang ada dalam pengucapan awam. Memek muka, alunan suara, cara pemakaian dan gaya badan yang dibolehkan.
• Para peserta dilatih oleh staff pedi yang berpengalaman dalam bidang pengucapan awam. Mereka juga diberikan cabaran untuk pertandingan pengucapan awam untuk membina keyakinan diri.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Bagi membantu para pelajar supaya berkebolehan dalam pengucapan awam. Supaya mereka yakin dan boleh mengeluarkan idea-idea bernas.
• Bagi mempelbagaikan program PEDi yang memfokuskan golongan muda untuk menarik mereka menjadikan PEDi pusat sehenti yang mempunyai pelbagai fungsi untuk membantu mereka.
• Supaya golongan muda yang berada di kampung seperti Manek Urai juga mempunyai kemahiran berbahasa Melayu dengan tepat walaupun mereka terbiasa dengan Bahasa negeri Kelantan.
• Mengajar mereka kaedah yang betul. Peraturan dalam pengucapan awam dan memek muka yang betul.


Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :