FIRE DRILL

Aktiviti terkini |16 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Padang Bola Rpt Chuchuh Puteri B

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Manek Urai dengan Kerjasama PEDi Chuchuh Puteri dan PEDi Karangan ingin mengadakan program Fire Drill.
• Program ini akan dijalankan bersama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai.
• Memandangkan telah lama staff PEDi tidak menjalani latihan kebakaran, pihak kami mengambil inisiatif dengan menjemput pihak bomba untuk menjayakan latihan berkenaan.
• Sebagai staff PEDi sangat penting untuk mahir menggunakan alat pemadam kebakaran dan tahu kaedah yang betul untuk padam kebakaran supaya keselamatan diri terjamin memandangkan di dalam PEDi banyak barangan elektrik dan elektronik.

Tujuan :
• Tujuan program ini ialah memberi ilmu pemadaman kebakaran yang betul kepada staff PEDi terutamanya kepada staff baru dan rakan digital.
• Latihan pemadaman kebakaran juga sangat bagus untuk dibuat secara berkala supaya semua staff mahir mengendalikan alat pemadam kebakaran sekiranya berlaku hal-hal kecemasan.
• Banyak kes kebakaran yang boleh dikawal tetapi disebabkan cemas dan kurang ilmu menyebabkan kebakaran merebak dan boleh berlaku kemalangan jiwa.
• Pegawai bomba yang bertugas akan menunjukkan kaedah atau langkah yang perlu dilakukan untuk mengawal kebakaran.
• Staff PEDi juga akan melakukan demonstrasi memadam kebakaran.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Taklimat kebakaran dan demonstrasi kebakaran Pihak Bomba dan Penyelamat Kuala Krai.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang punca-punca kebakaran.
• Untuk mengetahui tentang jenis-jenis alat pemadam kebakaran dan fungsi.
• Supaya tahu tentang langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlakunya kebakaran supaya kebakaran dapat dikawal dan tidak berlakunya sebarang kemalangan jiwa.
• Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan alat pemadam kebakaran, kaedah pemadaman kebakaran yang berkesan dan perkara yang perlu dielak supaya tidak berlakunya kebakaran di PEDi.
• Supaya staff PEDi dapat melatih diri untuk tidak panik dan tahu langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di PEDi. Ilmu pemadaman kebakaran sangat penting untuk dikuasai oleh semua staff PEDi kerana ada masa bekerja memerlukan staff bekerja seorang diri.


Nama VIP:
• Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :